PPP Lancar Pertandingan Cipta Logo Bulan Depan

Diterbitkan: Sabtu, 28 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Parti Progesif Penduduk (PPP) akan melancarkan pertandingan mereka cipta logo peringkat kebangsaan bulan depan dalam usaha menampilkan identiti baru pada proses penjenamaan semula parti itu.

Presiden parti itu, Datuk M. Kayveas, berkata tujuan pertandingan itu bagi membolehkan PPP, sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN), supaya lebih menarik dan diterima oleh masyarakat Malaysia khususnya golongan muda.

"Pertandingan mencipta logo adalah julung kali dilaksanakan dalam sebuah parti politik di negara ini. Butiran lanjut mengenai pertandingan itu boleh diperolehi di laman web PPP di alamat www.ppp.org.my menjelang 7 Disember ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya pemenang pertandingan itu menerima wang tunai RM5,000, tempat kedua (RM3,000), ketiga (RM1,000) dan hadiah sagu hati bernilai RM500 setiap satu akan diberikan kepada tiga peserta.

Kayveas berkata peserta pertandingan hanya diperlukan menggunakan warna yang terdapat dalam Jalur Gemilang tanpa warna kuning dalam mencipta logo parti itu.

"Peserta dilarang menggunakan warna kuning dalam rekaan mereka kerana ia adalah warna diraja," katanya, sambil menjelaskan PPP kali terakhir menukar logonya pada 1996.

Kayveas berkata logo PPP ketika ini mempunyai banyak warna, menyebabkan parti itu mengeluarkan perbelanjaan besar untuk kos mencetak bahan parti.

Dalam perkembangan lain, katanya, parti itu sudah bersedia menggunakan saluran internet secara online untuk merekut ahli baru serta menubuhkan cawangan baru menjelang Januari ini.

Katanya parti itu bercadang menambahkan keahlian kepada 700,000 anggota menerusi proses pengambilan ahli baru secara online sebelum pilihan raya akan datang. PPP kini mempunyai kira-kira 547,000 ahli. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan