PAS akhirnya Akui Ada Perpecahan Dalam Parti - Hishammuddin

Diterbitkan: Sabtu, 28 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Nama 'Kolonel Mat' yang disebut oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai dalang dalam konspirasi untuk menjatuhkannya, membuktikan memang ada unsur perpecahan dalam parti PAS itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata akhirnya PAS tidak dapat lagi menyembunyikan masalah dalaman yang berlaku walaupun ia seringkali dinafikan pimpinannya.

Katanya, walaupun mungkin nama 'Kolonel Mat' disebut Mursyidul Am PAS itu sebagai kiasan, ia secara jelas membuktikan adanya perpecahan dan permasalahan dalam parti itu yang disebabkan orang dalamnya sendiri.

"Sekarang jelas mereka sendiri telahpun menyatakan bahawa wujudnya perpecahan, wujud permasalahan, dan sebagainya. Orang ramai juga boleh lihat ianya tidak ada kena mengena dengan UMNO atau Barisan Nasional (BN) pun.

"Bagi saya mereka boleh menafikan (adanya perpecahan) tetapi tidak boleh menafikan selamalamanya.

"Akhirnya keretakan, permasalahan yang seringkali mereka tuduh berpunca dari UMNO dan BN, hari ini timbul di dalam parti mereka sendiri, dan kesannya datang dari tindak tanduk ahlinya sendiri," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Nik Abdul Aziz Khamis lalu bahawa wujudnya konspirasi yang didalangi 'Kolonel Mat' untuk menjatuhkannya sebagai Menteri Besar dan kerajaan PAS Kelantan.

Mengulas gesaan pemimpin DAP, Lim Kit Siang supaya Biro Tata Negara (BTN) ditutup terus, Hishammuddin berkata ia tidak lebih kepada tindakan pihak yang sudah ketandusan isu selain cuba mengalih pandangan kepada masalah dalaman yang dihadapi mereka sendiri.

"Saya pun tidak faham. BTN ini dah wujud lama, kenapa sekarang baru nak timbulkan... mungkin juga mereka bimbang BTN ini pendekatan yang betulbetul berjaya dalam kita hendak membina sebuah negara bangsa dan dalam konsep 1Malaysia," katanya.

Ketika diminta mengulas perkembangan politik Umno Terengganu yang dikatakan mengalami pergolakan sebelum ini, beliau berkata keadaan sebenarnya tidak seperti yang digembargemburkan.

"Sepanjang beberapa bulan memimpin UMNO Terengganu, saya lihat keadaannya stabil. Kalau kita dengar teruk, tetapi sebenarnya tidak," katanya.

Hishammuddin, yang juga Menteri Dalam Negeri, sebelum itu menghadiri majlis korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha melibatkan 11 ekor lembu di Kampung Tok Jembal, Seberang Takir, di sini. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan