MIC Mesti Jadi Institusi Berkesan - Palanivel

Diterbitkan: Sabtu, 28 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: MIC mesti menjadi sebuah institusi yang dapat berfungsi dengan lebih berkesan dan menangani cabaran-cabaran dengan kaedah yang betul, kata Timbalan Presiden Datuk G. Palanivel hari ini.

Beliau berkata dengan cara sedemikian, parti yang mempunyai 630,000 anggota, akan menjadi kuat dan berupaya menarik lebih ramai kaum India menganggotainya.

"Kini terdapat masalahmasalah baru. Kita perlu menyesuaikan diri, memenuhi keperluan baru dan menyelesaikan masalahmasalah baru.

"Cabaran yang dihadapi MIC, masyarakat India dan negara mesti dikenal pasti, dibincang dan diperdebat untuk kita mencari jalan dan melaksanakan penyelesaian terbaik," katanya dalam blognya di http://www.gpalanivel.com.

Palanivel berkata MIC, termasuk sayap parti Pemuda dan Wanita perlu "mengenal diri sendiri" dan kemudian merancang bagaimana MIC mesti berfungsi sebagai parti politik dan bukannya satu badan bukan kerajaan, dengan merencana secara strategik segala tugas dan perancangan.

Katanya MIC juga hendaklah meningkatkan kesedaran politik di kalangan para pengundi dan terus mendapatkan sokongan mereka. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan