Masjid Negara Agih Daging Korban Ke Luar Negara

Diterbitkan: Sabtu, 28 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebahagian daripada daging korban yang diuruskan Masjid Negara akan diagihkan kepada umat Islam di Palestin, Darfur, Sudan dan beberapa negara Islam lain yang menghadapi pelbagai masalah kehidupan harian.

Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad berkata agihan daging korban ke luar negara itu adalah sumbangan Malaysia kepada masyarakat di peringkat antarabangsa dan berharap ia akan diteruskan oleh pelbagai pihak pada masa depan.

Bagaimanapun jumlah daging korban yang akan diagihkan ke luar negara itu akan ditentukan kemudian selepas mengagihkannya kepada warga kota menerusi masjid dan surau di sekitar Lembah Klang, katanya.

"Pada tahun ini, Masjid Negara menerima sumbangan 36 ekor lembu daripada individu serta syarikatsyarikat swasta dan jumlah berkenaan bertambah berbanding tahuntahun yang lepas," katanya pada sidang media di majlis korban masjid itu sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, di sini hari ini.

Majlis ibadah korban yang bertema "Jihad Menentang Kelaparan" itu dirasmikan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Salleh Yusup.

Sementara itu, Salleh berkata pertambahan jumlah sumbangan lembu di setiap masjid dan surau di sekitar Kuala Lumpur tahun ini menunjukkan bahawa penduduk ibu kota mempunyai kesedaran untuk membantu golongan fakir miskin dan berharap mereka akan meneruskannya.

Dalam pada itu, Salleh turut menggesa orang ramai agar lebih bertanggungjawab dengan tidak merosakkan harta benda awam dan membuang sampah merata-rata.

Jangan salahkan DBKL jika banyak kemudahan awam rosak manakala persekitaran ibu kota dicemari sampah sarap sekiranya masih ramai yang enggan mengikis sikap buruk membuang sampah di merata tempat termasuk di tamantaman rekreasi, katanya.

Beliau berkata DBKL memperuntukkan hampir RM1 juta untuk menyelenggara dan menguruskan semua taman rekreasi di Kuala Lumpur demi memastikan ia dapat digunakan oleh warga kota.

DBKL sentiasa memastikan semua kemudahan di tamantaman rekreasi berada dalam keadaan sempurna tetapi ini hanya dapat dilakukan dengan kerjasama daripada pengunjung-pengunjung taman tersebut, katanya. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan