Lebih 250 Rakyat Malaysia Tunaikan Solat Haji di Kedutaan Malaysia di Abu Dhabi

Diterbitkan: Sabtu, 28 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ABU DHABI: Lebih 250 rakyat Malaysia dan staf Kedutaan Malaysia Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menunaikan solat haji di pejabat kedutaan di sini pagi semalam.

Ustaz Azhari Haron mengimamkan sembahyang solat hari raya haji termasuk menyampaikan khutbah kepada para jemaah.

Turut hadir ialah Duta Besar Malaysia ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Datuk Yahaya Abdul Jabar dan isteri, Datin Saedah Sanip serta Duta Besar Brunei ke UAE, Datuk Adnan Zainal serta isteri Datin Mariam Mohd Salleh.

Pihak kedutaan turut melancarkan tabung sumbangan pendidikan kepada seorang pelajar tajaan sendiri, Maulana Jalaluddin Abdul Rahman Al-Hafiz.

Sumbangan ini adalah untuk pembelian kitab-kitab agama semasa pengajian Maulana Jalaluddin di Afrika Selatan dan Syria.

Selepas sembahyang haji, mereka menjamu selera dengan makanan dan minuman yang disediakan. Mereka juga sempat beramah mesra dengan ahli-ahli keluarga, sanak saudara dan kawan-kawan.

Untuk tahun ini, Hari Raya Haji julung kali diadakan di perkarangan pejabat kedutaan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan