Kadar Jenayah Di 50 Kawasan Panas Berkurangan - Hishammuddin

Diterbitkan: Sabtu, 28 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kadar jenayah yang dicatat di 50 kawasan panas yang dikenalpasti di seluruh negara semakin menunjukkan penurunan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata penurunan kes itu menunjukkan langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa dalam membanteras kegiatan jenayah di kawasan panas itu adalah berkesan.

"Di mana saja kawasan yang ada peningkatan (kes jenayah), kita akan beri perhatian serius. Tetapi di 50 kawasan panas yang telah dikenalpasti, saya boleh sahkan di sini majoritinya ada penurunan atau sekurangkurangnya stabil.

"Kita lakukan dengan bersungguh-sungguh, dengan adanya balaibalai polis bergerak, kehadiran polis melalui motosikal, kita juga adakan pemeriksaan mengejut di balaibalai yang perlu dinaiktaraf dan sebagainya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Setakat ini, katanya 50 kawasan panas yang dikenalpasti itu berada di empat negeri iaitu Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.

Hishammuddin berkata setiap kawasan panas, iaitu kawasan berisiko tinggi berlakunya jenayah akan ditangani sebaik mungkin sehingga menjadi kawasan 'putih' dan fokus kemudiannya akan dialihkan ke kawasan-kawasan lain yang menunjukkan peningkatan kadar kes jenayah.

"Sekiranya ada kawasan lain yang menunjukkan peningkatan dari segi kadar jenayah terutamanya jenayah jalanan, kita akan meletakkan kawasan baru berkenaan sebagai kawasan panas.

"Saya sudah nyatakan, kita sasarkan untuk kurangkan jenayah jalanan sehingga 20 peratus menjelang hujung tahun depan," katanya.

Hishammuddin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu sebelum itu menghadiri majlis korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha melibatkan 11 ekor lembu di Kampung Tok Jembal, Seberang Takir, di sini. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan