Hasrat Keluarga Berhari Raya Di Pulau Banggi Tidak Kesampaian

Diterbitkan: Sabtu, 28 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUDAT: Hasrat sebuah keluarga merayakan Hari Raya Aidiladha di Pulau Banggi tidak kesampaian ekoran tragedi bot karam dekat sini petang semalam.

Salah seorang penumpang yang terselamat Yahya Othman, 61, berasal dari pulau berkenaan, berkata berikutan pembangunan pesat di pulau itu, keluarga isterinya dari Papar teringin untuk melawat Pulau Banggi dan memilih untuk beristirehat pada cuti umum Hari Raya Aidiladha di sana.

"Saya mahu membatalkan perjalanan ke Pulau Banggi kerana terlalu ramai yang mahu datang.

"Tetapi keluarga dari Papar sudah sampai di Kudat. Jadi saya terpaksa teruskan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pemberita di Hospital Kudat di sini malam tadi.

Yahya, bekas anggota dewan undangan negeri Banggi pada zaman kerajaan Parti Berjaya di Sabah, berkata seramai 21 orang ahli keluarga isterinya dari Papar menaiki bot itu.

Beliau berkata terdapat juga penumpang lain dalam bot itu.

Menurut Yahya, bot yang bertolak dari jeti Kudat kira-kira pukul 4.30 petang tiba-tiba terbalik ketika dilambung ombak setinggi dua meter selepas sejam perjalanan.

"Bot itu terbalik terlalu cepat. Tidak sempat lagi mahu menyelamatkan diri," katanya.

Yahya berkata beliau menjangkakan seorang anak perempuannya mati ketika bot berkenaan karam.

Menurutnya, anak perempuannya tidak tahu berenang dan beliau mengikat anaknya pada bot berkenaan sambil beliau cuba membantu ahli keluarga yang lain.

Yahya berkata beliau diselamatkan oleh bot nelayan dengan beberapa penumpang lain antara pukul 1 dan 2 pagi dan tiba di Pulau Karakit kira-kira pukul 3 pagi.

Sementara itu, tiga mayat seorang lelaki dan selebihnya wanita telah dihantar ke hospital kira-kira pukul 7 malam tadi untuk bedah siasat.

Menurut Ketua Polis Kudat DSP Dawi Ossen, 13 orang dilaporkan selamat manakala empat lagi dilaporkan hilang dan gerakan mencari masih diteruskan.

Bagaimanapun, beliau menjangka terdapat lebih daripada 20 penumpang yang menaiki bot itu dan meminta orang ramai untuk membuat laporan polis sekiranya salah seorang keluarga ada menaiki bot itu. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan