Tiga Maut, Seorang Parah Dalam Kemalangan Di Cherating

Diterbitkan: Jumaat, 27 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Tiga termasuk seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Alor Setar maut manakala seorang lagi anggota TUDM cedera parah selepas terbabit dalam nahas jalan raya di kilometer 9 Jalan Kuantan-Kemaman, dekat sini pada 6.45 pagi ini.

Laskar Udara Mohd Nasir Abd Hager, 28, dari Marang, Terengganu, dan dua pelajar perempuan kolej kejururawatan Masterskills di Kuala Lumpur iaitu Nur Surwarni Jalir, 21, dari Bukit Rakit, Kuala Terengganu dan Marlizatul Akmal Mohamad, 23, dari Gambang, Kuantan, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff memberitahu pemberita mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.

Katanya anggota TUDM yang cedera parah iaitu Saiful Zazeeleen Che Yusof, 20-an, dari Marang, Terengganu kini dirawat di Hospital Kemaman.

Mohd Jasmani berkata kereta jenis Proton Wira yang dinaiki keempat-empat mangsa dipercayai dalam perjalanan untuk pulang beraya di Marang dan Bukit Rakit, Terengganu dari arah Kuantan.

"Sampai di tempat kejadian, kenderaan yang dipandu oleh Mohd Nasir dipercayai cuba mengelak sebuah kereta yang mahu keluar dari simpang berhampiran dengan stesen minyak Petronas di Cherating.

"Bagaimanapun kereta terbabit bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan," katanya.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan