Perkhimatan KTMB Wilayah Timur Disambung Semula

Diterbitkan: Jumaat, 27 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KRAI: Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang terjejas teruk akibat banjir di Kelantan yang menyebabkan tanah runtuh di Bukit Abu di sini sejak Ahad lepas, kini beroperasi semula seperti biasa.

Pengurus Besar Wilayah Timur KTMB Ibrahim Sulaiman berkata perkhidmatan kereta api Antarabandar di wilayah Pantai Timur yang sebelum ini terjejas akibat bencana banjir sejak 22 November, kembali pulih sepenuhnya untuk beroperasi seperti dijadualkan.

"Dengan penurunan paras air dan kerja-kerja membaik pulih landasan yang hampir siap, perkhidmatan tren tempatan serta perkhidmatan tren ekspres (Timuran dan Wau) akan kembali beroperasi seperti biasa mengikut jadual," katanya kepada Bernama.

Kejadian tanah runtuh di Bukit Abu menyebabkan laluan kereta api tersekat dan kerjakerja pembersihan terpaksa dilakukan KTMB.

Akibatnya, perjalanan kereta api ke Singapura ke Tumpat dan Kuala Lumpur ke Tumpat terpaksa ditamatkan sehingga ke Stesen Kereta Api Gua Musang dan penumpang kemudiannya dibawa ke Stesen Kereta Api Kuala Krai dengan menaiki bas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan