Noodin Mohd Top Masih dalam Senarai Merah Interpol?

Diterbitkan: Jumaat, 27 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Adakah Noordin Mohd Top masih hidup? Lelaki ini, yang disyaki sebagai militan digeruni di Asia Tenggara, sebelum ini telah dilaporkan ditembak mati oleh polis Indonesia pada September lepas.

Namun mengikut status terkini laman web Interpol, nama lelaki ini disenaraikan dalam "Senarai Orang Paling Dikehendaki" dan status itu pastinya menghantui fikiran.

Nama Noordin, yang dikatakan pakar membuat bom, dan gambarnya terus muncul di ruangan "Red Corner" laman web Interpol bersama-sama 556 penjenayah antarabangsa yang masih dikehendaki oleh polis antarabangsa.

Bukan itu sahaja. Terdapat juga satu Notis Khas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)Interpol terhadap Noordin, yang lebih dikenali sebagai Mat Top.

Notis itu adalah bagi individu atau entiti yang mempunyai kaitan dengan gerakan keganasan seperti seperti AlQaeda atau Taliban.

Notis itu mengenakan sekatan seperti larangan melakukan perjalanan dan pembekuan aset-aset. Noordin, yang berasal dari Johor, dikaitkan dengan Jemaah Islamiyah (JI) yang dikatakan mempunyai hubungan dengan AlQaeda, dan didakwa menjadi perancang beberapa siri pengeboman di Jakarta, Indonesia iaitu letupan di di Hotel JW Marriot pada 2003, Kedutaan Australia setahun kemudian, letupan bom kedua di Bali pada 2005 dan letupan bom di Hotel JW Marriot dan Ritz Carlton pada Julai lepas. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan