Lebih 250 Rakyat Malaysia Tunaikan Solat Haji di Kedutaan Malaysia di Abu Dhabi

Diterbitkan: Jumaat, 27 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ABU DHABI: Lebih 250 rakyat Malaysia dan staf Kedutaan Malaysia Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menunaikan solat haji di pejabat kedutaan di sini pagi ini. Ustaz Azhari Haron mengimamkan sembahyang solat hari raya haji termasuk menyampaikan khutbah kepada para jemaah. Turut hadir ialah Duta Besar Malaysia ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Datuk Yahaya Abdul Jabar dan isteri, Datin Saedah Sanip serta Duta Besar Brunei ke UAE, Datuk Adnan Zainal serta isteri Datin Mariam Mohd Salleh. Pihak kedutaan turut melancarkan tabung sumbangan pendidikan kepada seorang pelajar tajaan sendiri, Maulana Jalaluddin Abdul Rahman Al-Hafiz. Sumbangan ini adalah untuk pembelian kitab-kitab agama semasa pengajian Maulana Jalaluddin di Afrika Selatan dan Syria. Selepas sembahyang haji, mereka menjamu selera dengan makanan dan minuman yang disediakan. Mereka juga sempat beramah mesra dengan ahli-ahli keluarga, sanak saudara dan kawan-kawan. Untuk tahun ini, Hari Raya Haji julung kali diadakan di perkarangan pejabat kedutaan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan