Kolera: Segera Dapatkan Bantuan Jika Alami Cirit-Birit

Diterbitkan: Jumaat, 27 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sempena perayaan Aidiladha ini orang ramai yang pulang bercuti ke kampung atau yang ingin melawat kawasan-kawasan yang dilanda jangkitan kolera atau menghuni pusat pemindahan banjir dinasihatkan supaya menjaga kesihatan diri dan segera mendapatkan rawatan jika mengalami cirit-birit.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam kenyataan di sini hari ini berkata bagi mereka yang ingin mengadakan jamuan atau menyediakan makanan di pusat pemindahan banjir perlu mengelakkan menggunakan air batu dan perlu sentiasa menjaga kebersihan persekitaran.

"Minum air yang dimasak atau air minuman yang dibotolkan, gunakan air yang dibekalkan kerajaan dan elakkan meminum air yang tidak dirawat seperti air telaga dan air sungai serta air batu," katanya.

Sementara itu tiada kes kolera baru dilaporkan di Terengganu sejak lima hari lepas dengan bilangan kes terkumpul kekal 185 kes manakala kes cirit-birit menunjukkan penurunan ketara dengan bilangan yang masih dirawat di hospital hanya 47 kes. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan