Selangor Berhak Larang Penjawat Awam, Penuntut IPT Miliknya Ikuti Kursus BTN

Diterbitkan: Khamis, 26 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor berhak melarang penjawat awam dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) miliknya daripada mengikuti kursus Biro Tatanegara (BTN), kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kerajaan negeri itu boleh mengambil keputusan sedemikian jika merasakan kursus berkenaan adalah satu proses doktrinasi oleh Barisan Nasional hingga mencetuskan fenomena perkauman.

"Itu hak kerajaan negeri Selangor untuk tidak izinkan mereka dihantar menghadiri kursus BTN tetapi ada anggota Exco Selangor iaitu Datuk Dr Hasan Ali yang pernah menjadi Ketua Pengarah BTN, maka tidak timbul isu perkauman.

"Saya sudah banyak kali menghadiri BTN dan pernah menjadi instruktor. Saya tidak nampak pun ada elemen perkauman di sini," katanya kepada pemberita selepas majlis Menandatangani Kontrak Pemain Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Untuk Liga Malaysia 2010, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata kemungkinan larangan itu dibuat kerana wujudnya kebimbangan pemimpin pembangkang terhadap sokongan rakyat negeri itu.

Semalam, kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah drastik melarang penuntut kolej atau universiti, penjawat kerajaan negeri dan juga pegawai milik kerajaan (GLC) daripada mengikuti program BTN yang dianjurkan Jabatan Perdana Menteri dan kerajaan negeri mendakwa kursus itu menimbulkan fenomena perkauman dan hanya menghabiskan wang rakyat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menganggap tindakan itu satu kekhuatiran politik sempit dan akan merugikan sebahagian penjawat awam dan penuntut Selangor kerana tidak diberi peluang mengetahui fakta dan hal terkini kenegaraan.

"BTN tidak ada memburukkan manamana kaum kerana perkara yang disampaikan adalah berkaitan Perlembagaan negara (dan) juga konsep perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum," katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad berkata ilmu dan maklumat yang disampaikan dalam kursus semuanya diperoleh berasaskan fakta sejarah dan silibus kursus melibatkan latihan sikap berteraskan nilai-nilai murni bagi menjadi rakyat yang boleh menyumbang untuk pembangunan negara dengan peserta diberi kebebasan menyatakan pandangan, kritikan dan pendirian masing-masing.

"Rakyat perlu memahami dasardasar untuk membina negara. Gagasan 1Malaysia, mendokong Perlembagaan Persekutuan, bersemangat patriotik tanpa mengira idelogi masing-masing kerana ia antara teras utama kejayaan mencapai Wawasan 2020," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan