Putera MIC Kembang Sayap Ke Indonesia

Diterbitkan: Khamis, 26 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANDUNG: Dalam usaha menampung kecenderungan para pelajar Malaysia berketurunan India di Indonesia mendapatkan maklumat tepat dan cepat mengenai perkembangan di Malaysia, MIC telah mengembangkan sayap Puteranya ke negara ini.

Ketua Pemuda MIC T. Mohan merasmikan penubuhan Putera MIC Indonesia dengan mengumumkan pelantikan S. Moganaraj, pelajar tahun empat jurusan kedoktoran di Universiti Padjajaran (UNPAD) Bandung sebagai penyelarasnya yang pertama, yang akan membentuk jawatankuasa bagi seluruh Indonesia.

"Untuk permulaan ini kita sudah mendaftarkan 80 anggota Putera MIC Indonesia dan berharap dapat mencapai separuh atau kirakira 400 orang daripada sejumlah hampir 800 pelajar kaum India di Indonesia dalam sebulan terakhir 2009 ini," katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Ketika membuat pengumuman penubuhan cabang Putera MIC Indonesia itu pada majlis sambutan Deepavali anjuran para pelajar keturunan India di UNPAD pada Ahad lepas, beliau berkata Putera MIC penting bagi mereka untuk memastikan pelajar di luar negeri mendapat maklumat yang tepat dan tidak mudah dikelirukan.

Namun, katanya seperti juga Kelab Umno Luar Negara yang menampung minat dan kecenderungan para pelajar Melayu, Putera MIC luar negeri juga tidak melibatkan mereka dalam politik parti secara langsung, malah sebaliknya lebih menumpukan kepada kegiatan kebajikan pelajar dan hubungan yang kerap dan akrab dengan MIC Pusat.

Mohan berkata untuk permulaan ini, Putera MIC di Indonesia juga akan menerima pelajar wanita kaum India sebagai anggotanya bagi memastikan pelajar wanita tidak ketinggalan dalam setiap aktiviti.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Indonesia Datuk Dr Junaidi Abu Bakar pula berkata MSD mengalualukan penubuhan Putera MIC yang akan memberikan platform tambahan kepada pelajar di sini untuk menjalankan pelbagai kegiatan dengan semangat 1Malaysia.

"Kalau sebelum ini bantuan kewangan bagi kegiatan mereka hanya daripada Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI), kini dengan tertubuhnya Putera MIC, kita harapkan MIC khususnya Pergerakan Pemudanya turut membantu dana aktiviti pelajar," katanya.

Beliau berkata para pelajar anggota Putera MIC tetap bernaung di bawah badan induk PKPMI dan seperti juga dengan Kelab Umno di sini, semua kegiatan Putera MIC juga akan turut melibatkan pelajar berbilang kaum di semua 11 universiti di seluruh Indonesia.

"MSD berharap anggota-anggota Putera MIC tidak diabaikan, sebaliknya diberi perhatian oleh MIC dengan menganjurkan pelbagai aktiviti seperti seminar kecemerlangan, bina semangat dan kesukanan serta diundang juga menghadiri perhimpunan agung MIC di Malaysia, seperti yang dibuat oleh Umno," katanya.

Moganaraj pula berkata beliau akan menggembleng sokongan semua pelajar kaum India di sini untuk terlibat aktif dalam kegiatan yang akan diatur termasuk perjumpaan dengan para pemimpin Pemuda MIC. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan