Polis Cadangkan Tebing Sg Golok Ditambak Lebih Tinggi

Diterbitkan: Khamis, 26 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata tebing Sungai Golok di sebelah Malaysia yang bersempadan dengan Thailand perlu ditambak lebih tinggi bagi mengelak air sungai melimpah sekaligus menyukarkan kawalan keselamatan di situ.

Katanya ini perlu memandangkan kawalan di kawasan sempadan harus lebih ketat bagi menyukarkan kegiatan penyeludup.

"Saya harap Ketua Polis Kelantan boleh mencadangkan kajian dibuat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPs) sebagaimana dibuat oleh negara jiran, tebing sungainya dibenteng lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan ke kawasan banjir di Pasir Mas dan Tumpat hari ini.

Turut sama meninjau kawasan yang dianggap sering dilanda banjir ialah Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Ketua Jabatan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Kontijen Kelantan, Supt Azli Mohd Noor. Mereka menaiki helikopter polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

Musa berkata Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Gerakan Marin (PGM) telah diarah membuat pemantauan di kawasan terbabit bagi mengelak kegiatan tidak diingini berlaku pada musim tengkujuh ini.

"Bagaimanapun kita tidak boleh jamin kerana sempadan sekarang terbuka luas telah menyukarkan lagi kawalan keselamatan dilakukan di kawasan itu," katanya.

Beliau meminta kerjasama semua pihak bagi memastikan keadaan di sempadan lebih terkawal sebagaimana sebelum ini walaupun kegiatan penyeludupan jarang berlaku pada musim tengkujuh.

Mengenai balai polis Rantau Panjang di Pasir Mas dan Kuala Jambu di Tumpat, yang sering ditenggelami air, beliau berkata balai baru akan dibina dalam Rancangan Malaysia Ke-10. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan