PM Seru Umat Islam Hulur Bantuan Mangsa Banjir Sempena Aidiladha

Diterbitkan: Khamis, 26 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru umat Islam yang akan menyambut Hari Raya Aidiladha esok supaya menghulurkan bantuan dengan seadanya kepada mangsa banjir di beberapa negeri di negara ini.

Perdana Menteri berkata bantuan itu bagi menzahirkan tanda pengorbanan umat Islam bagi meringankan beban mereka yang menjadi mangsa banjir dan terpaksa berhari raya dalam serba kekurangan termasuk berada di pusatpusat pemindahan banjir.

"Bantuan berupa barangan ataupun wang ringgit amat mereka perlukan apatah lagi setelah menyaksikan kemusnahan dan kerosakan harta benda mereka yang cukup menyayat hati.

"Oleh itu, di hari yang mulia ini, janganlah dibiarkan mereka bersendirian tanpa dibantu oleh sesiapa. Begitu juga dengan umat Islam yang lain yang turut berada dalam kesusahan. Perlu dibantu seadanya," kata Perdana Menteri dalam perutusannya sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Sehingga tengah hari tadi, kira-kira 5,000 mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan masih berada di pusat pemindahan banjir selepas bencana alam itu melanda beberapa negeri di Semenanjung menyebabkan kerosakan harta benda melibatkan beribu-ribu keluarga.

Perdana Menteri berkata bantuan kepada mangsa banjir itu juga sejajar dengan ibadah korban dan zakat untuk membantu golongan memerlukan seperti fakir miskin sebagai tanda kesyukuran atas nikmat yang dikurniakan Tuhan.

Dalam menyelami definisi ibadah korban, Najib berkata ibadah itu juga menyeru umat Islam mengutuhkan perpaduan, mengelakkan perpecahan dan menjuarai keamanan agar nasib umat Islam terus terbela dan martabat agama terpelihara.

Beliau berkata umat Islam juga perlu mengamalkan pendekatan wasatiyah (sederhana) dengan menghormati semua agama dan kaum lain bagi memastikan umat Islam terus dihormati sebagai masyarakat progresif.

"Kita harus mengetepikan segala kepentingan diri demi kesejagatan dan kesejahteraan rakyat," kata Perdana Menteri menegaskan kepentingan diri itu termasuk fahaman politik.

Perdana Menteri juga menyeru rakyat mendoakan kesihatan dan keselamatan jemaah haji di Mekah supaya mereka dikurniakan haji mabrur dan selamat pulang selain menggesa umat Islam menyambut Aidiladha dalam suasana muhibbah.

"Marilah kita bersamasama meraikan sambutan Aidiladha ini bersama rakan kita dari pelbagai bangsa melalui semangat muhibbah. Inilah resipi perpaduan Satu Ummah di dalam Gagasan 1Malaysia yang kita impikan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan Hari Raya Aidiladha berkata bagi umat Islam, nilai pengorbanan dan ketakwaan yang tersirat dalam perayaan Aidiladha wajar dijadikan dorongan untuk sentiasa bermujahadah bagi meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.

"Aidiladha merupakan hari kebesaran Islam di mana umat Islam di seluruh dunia memperingati pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. dalam mentaati perintah Allah s.w.t.

"Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. ini merupakan tanda kebesaran Allah dan kekuatan iman keduadua Nabi Allah dalam mentaati suruhanNya," katanya.

Beliau berkata di samping itu, semangat pengorbanan juga wajar dizahirkan dalam bentuk usaha yang bersungguhsungguh untuk memajukan diri, bangsa dan agama.

"Pada hari yang mulia ini juga umat Islam bertakbir, bertahmid dan bertahlil mengagungkan kebesaran Allah s.w.t. sebagai bukti kesyukuran atas segala limpah rahmat dan nikmatNya yang tidak ternilai," kata Timbalan Perdana Menteri.

Muhyiddin berkata nikmat paling besar yang dianugerahkan kepada umat Islam di negara ini ialah nikmat keamanan dan kedamaian yang telah membolehkan mereka untuk menjalani kehidupan dan melaksanakan ibadah kepada Allah s.w.t. dengan sempurna. Beliau berkata sebagai tanda mensyukuri nikmat ini, umat Islam sewajarnya berusaha dengan gigih, ikhlas untuk memelihara keamanan, kedamaian dan perpaduan umat yang merupakan salah satu tuntutan Islam yang paling utama.

Ini termasuklah dengan menghindari persengketaan, mengelakkan fitnah, menghormati antara satu sama lain dan mempereratkan silaturrahim.

"Mudah-mudahan amalan qurban, bersedekah dan ziarah menziarahi di hari yang mulia ini akan menyuburkan perasaan kasih sayang sesama Islam, mengeratkan ikatan persaudaraan dan memperkukuhkan kesatuan umat," katanya.

Muhyiddin berkata perayaan Aidiladha pada tahun ini juga memberikan kesempatan untuk bersamasama memperkukuhkan lagi perpaduan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama yang telah lama terjalin di negara ini.

Dalam hal ini, katanya nilai pengorbanan yang tersirat dalam perayaan Aidiladha wajar dijadikan panduan bagi anggota masyarakat majmuk di negara ini untuk sentiasa bersedia melakukan sedikit pengorbanan bagi menjamin kehidupan bersama yang harmoni.

"Pada kesempatan ini, saya dan seisi keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam baik yang berada di dalam negara atau di perantauan.

"Bagi yang pulang bercuti untuk berhari raya di kampung halaman, patuhilah undangundang jalan raya dan sentiasalah berhatihati ketika memandu.

"Kepada jemaah haji Malaysia yang sedang menunaikan ibadah haji di Mekah, saya mendoakan keselamatan dan kesejahteraan semua dan mudahmudahan anda memperoleh haji yang mabrur," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata dalam kemeriahan umat Islam menyambut perayaan Aidiladha, ingatan juga sentiasa bersama dengan mangsamangsa banjir di negerinegeri di utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia.

"Kepada mereka yang terlibat, bersabarlah menghadapi ujian dan jagalah keselamatan diri dan keluarga," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan