Mohd Amar Setuju Ahmad Yakob Jadi MB Kelantan

Diterbitkan: Khamis, 26 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, bersetuju supaya Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, dilantik Menteri Besar sebagaimana saranan anggota Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa. Sekaligus dengan sokongan itu, Mohd Amar secara tidak langsung menolak pemilihannya sebagai pengganti Menteri Besar Kelantan.

Beliau menyokong kenyataan Husam semalam bahawa Ahmad yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan sebagai pemimpin paling layak dilantik Menteri Besar Kelantan, jika Nik Abdul Aziz Nik Mat, melepaskan jawatannya.

Nik Amar berkata tanpa dipengaruhi mana-mana pihak, beliau secara peribadi menyatakan sokongan itu berdasarkan kedudukan Timbalan Menteri Besar itu sebagai pemimpin paling senior dalam kepimpinan kerajaan negeri itu.

"Berdasarkan hiraki parti, Datuk Ahmad (Yakob) paling layak memegang jawatan itu," katanya kepada pemberita selepas majlis penghayatan wukuf peringkat negeri di Pusat Tarbiayah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, dekat sini, hari ini.

Ditanya mengenai kenyataan Husam tidak dicalonkan sebagai Menteri Besar bagi mengambil alih tempat Nik Aziz jika Menteri Besar melepaskan jawatannya, Mohd Amar berkata itu pendapat peribadi Husam sendiri.

"Itu hak dan soal dia, saya tidak boleh kata apa," katanya.

Isu itu tercetus apabila Mohd Amar sebelum ini membuat kenyataan mencadangkan supaya Nik Aziz menamakan calon yang bakal menggantikannya bagi mengelakkan berlaku sebarang perebutan dalam parti bila beliau berundur.

Menurutnya, kenyataan beliau yang dikeluarkan oleh laman web The Malaysian Insider itu tidak berniat meminta Menteri Besar berundur lebih awal daripada sepatutnya.

"Saya membuat kenyataan itu sebagai jawapan kepada salah satu daripada persoalan yang dikemukakan wartawan laman web itu baru-baru ini, tidak lebih dari itu," katanya.

Sementara itu, Nik Aziz yang ditemui selepas itu tidak mahu ditemubual oleh wartawan kerana alasan penat berucap di majlis itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga tidak mahu berbuat demikian. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan