Mayat Pelajar Lemas Dijumpai Di Dasar Sungai Marang

Diterbitkan: Khamis, 26 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MARANG: Mayat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sawa yang hilang ketika mandi di anak sungai Kampung Padang Mengkuang, Bukit Payong dekat sini petang semalam, dijumpai kira-kira 1 tengah hari tadi.

Mayat Muhammad Aifa Afif Mohd Yusof, 13, dijumpai terdampar di dasar sungai, kira-kira 400 meter dari tempat dia dilaporkan hilang, oleh pasukan penyelamat.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Ahmad Mazlan Yahya berkata mayat kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga untuk urusan pengebumian.

Dalam kejadian kira-kira 2.10 petang semalam, Muhammad Aifa yang terjun ke sungai berkenaan ketika mandi bersama tiga rakannya hilang dibawa arus.

Selasa lepas, seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kuala Besut, Mohd Syahmi Mohd Yusof, menjadi korban pertama banjir gelombang kedua di Terengganu yang melanda sejak Isnin lepas.

Mohd Syahmi, 15, lemas setelah dihanyutkan arus deras Sungai Pengkalan Ubi Keling ketika bersama dua rakannya berenang untuk mengangkat jaring ikan yang dipasang mereka di sungai berkenaan dan mayatnya ditemui sejam kemudian tidak jauh dari situ. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan