BTN Tidak Berniat Jahat - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 26 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kursus Biro Tata Negara (BTN) tidak bermotifkan doktrinasi politik sebaliknya ia menerapkan semangat kenegaraan dan perpaduan masyarakat selaras dengan konsep 1Malaysia.

"Kursus BTN tidak bertujuan untuk membawa pesertapeserta kepada Umno dan Barisan Nasional. Ia tidak mempunyai niat yang jahat, ia mempunyai tujuan-tujuan yang baik," katanya kepada pemberita di Pagoh dekat sini pada majlis penyerahan lembu untuk dikorban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha esok.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan Selangor melarang kakitangannya dan pelajar institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri itu daripada menghadiri kursus BTN berkuatkuasa serta-merta dengan alasan kononnya kursus BTN adalah satu proses doktrinasi oleh kerajaan Barisan Nasional.

Muhyiddin berkata kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah diberi gambaran yang salah tentang BTN.

"Masyarakat dan syarikat-syarikat swasta tidak sepatutnya dihalang daripada menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan BTN," katanya.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali dilaporkan berkata surat arahan berkaitan larangan itu akan dikeluarkan segera kepada semua jabatan, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta anak-anak syarikat milik penuh kerajaan negeri.

"Kita merasakan kursus BTN adalah proses doktrinasi BN yang menimbulkan fenomena perkauman dan seolah-olah memecahbelahkan penduduk pelbagai bangsa dan agama," kata Halimah.

Muhyiddin berkata Menteri Besar Selangor tidak mempunyai kuasa untuk menghalang kakitangan awam persekutuan, masyarakat dan syarikat swasta daripada menghadiri kursus anjuran BTN.

Kakitangan persekutuan, kata beliau tidak tertakluk kepada arahan kerajaan negeri Selangor itu.

"Menteri Besar Selangor tidak mempunyai kuasa menghalang orang ramai daripada mengikuti kursus BTN.

"Tunjukkan saya di manakah peruntukan undang-undang yang membolehkan Menteri Besar untuk berbuat demikian," katanya.

Kerajaan persekutuan, katanya tetap akan meneruskan kursus-kursus BTN walaupun Selangor mengambil tindakan sedemikian. "Kita akan tetap teruskan kursus BTN.

Jikalau dia (Selangor) tidak mahu, tidak mengapa. Kita tidak boleh halang jika orang ramai mahu mendalami konsep 1Malaysia, semangat kenegaraan dan perpaduan masyarakat," kata beliau.

Mengenai majlis penyerahan lembu sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan disambut esok, Timbalan Perdana Menteri berharap semangat pengorbanan sebagaimana yang diterapkan oleh Hari Raya itu perlu dihayati dalam perjuangan.

Muhyiddin dan rakannya yang menyumbangkan 31 ekor untuk dikorbankan esok turut berkata semangat pengorbanan sebagaimana yang dikehendaki ketika sambutan Hari Raya Aidiladha perlu disemarakkan.

Beliau turut mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam negara ini, termasuk yang sedang berada di Mekah ketika ini untuk mengerjakan ibadah Haji. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan