BN Tuntut Kerajaan P. Pinang Tunai Janji Bantu Penduduk Rumah Hijau - Berita Semasa | mStar

BN Tuntut Kerajaan P. Pinang Tunai Janji Bantu Penduduk Rumah Hijau

Diterbitkan: Khamis, 26 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Barisan Nasional (BN) semalam menuntut kerajaan negeri Pulau Pinang supaya menunaikan janji pilihan rayanya untuk membantu penduduk Rumah Hijau Mak Mandin, di sini, agar terus tinggal di kawasan itu.

Ketua Penyelaras BN, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, parti itu akan menghantar surat berhubung perkara itu kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat.

Katanya, kerajaan Pulau Pinang tidak harus mengambil sikap lepas tangan dan tidak bertanggungjawab setelah pemimpinnya berjanji akan memastikan penduduk di kawasan itu terus kekal di situ walaupun kawasan itu dibangunkan kelak.

Ketika bercakap kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat dengan pemimpin BN Bahagian Bagan di sini malam ini, beliau berkata, semasa kempen pilihan raya umum 2008, seorang pemimpin DAP, yang kini menjadi exco kerajaan negeri didakwa telah membuat janji berkenaan.

Sebanyak 242 keluarga yang tinggal di kawasan itu terpaksa berpindah ke rumah pangsa Ampang Jajar yang terletak kirakira tiga kilometer dari penempatan asal bagi memberi laluan kepada projek pembangunan semula kawasan itu.

Semasa kerajaan BN memerintah Pulau Pinang, rundingan telah dibuat dengan pemaju supaya sebuah rumah pangsa dibina di kawasan itu bagi membolehkan penduduk terlibat kekal di situ. BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan