Tarikan Terminal Subang Skypark Bukan Sekadar Sebuah Lapangan Terbang

Diterbitkan: Rabu, 25 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Terminal Subang Skypark bukan sahaja berfungsi sebagai sebuah lapangan terbang malah merupakan tempat persinggahan ramai penduduk dan yang bekerja di kawasan sekitarnya.

Ia menawarkan 15 kedai makanan, pusat refleksologi dan beberapa kedai pakaian dan barang kemas yang ditawarkan pada harga berpatutan.

Fungsi Terminal Skypark berubah setelah tempat itu di ubahsuai dan dirasmikan pada bulan Oktober lalu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Pengurus Pemasaran Subang Skypark Sendirian Berhad Roshidah Rozelay, terminal itu juga ideal untuk mereka yang berada di kawasan itu untuk 'lepak' bagi mengelakkan diri daripada kesesakan lalu lintas ketika waktu sibuk.

“Terminal Skypark bukan sahaja beroperasi sebagai sebuah lapangan terbang. Ia juga merupakan satu tempat riadah untuk penduduk disekitar terminal ini.

“Setiap bulan, kira-kira 80,000 orang berkunjung ke terminal ini dan angka itu dijangka meningkat pada masa akan datang,” kata Roshidah dalam satu temu bual di Terminal Skypark hari ini.

Ia juga merupakan sebuah lapangan terbang yang menawarkan perkhidmatan kapal terbang ke Thailand, Indonesia, Singapura dan juga domestik.

Sementara itu, Terminal Subang Skypark juga menyediakan 15 tempat makan, yang menawarkan pelbagai jenis makanan halal pada harga yang berpatutan. Hampir kesemuanya beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Pelbagai juadah tempatan dan luar negara sedia ada seperti Warung Desa Paku, Noodles dan Pinos.

Gerai Warung Desa Paku menyajikan pelbagai masakan Melayu. Antara hidangan yang popular adalah Pari Asam Pedas, Daging Salai dan Tenggiri Masak Lemak.

Menurut salah seorang daripada pekerja restoran itu, gerai itu biasanya dikunjungi oleh pelbagai masyarakat tempatan dan orang asing yang gemarkan masakan Melayu.

“Selalunya, ramai orang yang bekerja di sekitar kawasan terminal ini datang untuk menjamu selera di sini,” kata pekerja tersebut.

Warung Desa Paku turut mempunyai dua lagi cawangan lain di sekitar Lembah Klang.

Dan memang ramai dilihat sedang makan dan membungkus makanan di kedai itu pada waktu makan tengah hari.

Salah sebuah gerai lagi iaitu Pinos, menawarkan pelbagai makanan Itali seperti piza dan spageti.

Menurut pakar perunding Pinos, Sergio Maria Calzolari semua hidangan di restoran itu mengekalkan ramuan asli Itali yang telah diadaptasi dengan selera penduduk tempatan.

“Kami ingin menurunkan harga makanan Itali yang memang mahal di Asia. Ini merupakan cawangan pertama Pinos di Malaysia dan kebanyakkan daripada makanan yang disajikan di sini memang menggunakan ramuan asli dari Itali,” kata Sergio.

Dalam sampel yang disajikan, piza dan spegeti di gerai ini memang lain dari lain. Kerak pizanya nipis serta rasa sos spegetti yang digunakan memang sedap dan berkrim.

Harga yang ditawarkan berpatutan kalau dibandingkan dengan harga di lapangan terbang lain.

Satu lagi restoran yang menawarkan juadah makanan dari Pulau Pinang, Hong Kong dan Taiwan di Terminal Skypark ialah Noodles. Antaranya makanan yang popular adalah ‘Chicken Herb Mee Soup’ dan ‘Wan Tan Mee Soup.’

Menurut salah seorang daripada pekerja restoran tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Shima, semua jenis mee di situ tidak mengandungi perisa atau pengawet tiruan.

“Kami juga menyediakan juadah untuk orang yang hanya makan sayur-sayuran (vegetarian),” tambah Shima.

Makanan di restoran tersebut memang sedap dan pedas.

Terdapat beberapa buah rangkaian restoran yang popular seperti Starbucks, Big Apple Donuts & Coffee dan 1901 Hot Dogs di terminal itu.

Antara restoran-restoran lain yang terdapat di Terminal Skypark adalah Sakura Cafe & Cuisine, Kapitan Kopitiam, Palm Sports Grills & Restaurant, Delicious Cuisine & Savoury dan Aero Cafe.

Terdapat beberapa kiosk yang menjual pencuci mulut seperti ais krim iaitu MingoMingo dan pelbagai jenis jus buah-buahan dan sayur-sayuran, Juice World.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan