SPRM tutup pintu selepas pukul 5.30 petang

Diterbitkan: Rabu, 25 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mula meninggalkan pejabat pada pukul 5.30 petang. Foto THE STAR Oleh: ROHAIZAT MD. DARUS
Kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mula meninggalkan pejabat pada pukul 5.30 petang. Foto THE STAR Oleh: ROHAIZAT MD. DARUS

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengarahkan semua cawangannya di seluruh negara untuk menghentikan proses merekodkan kenyataan daripada saksi selepas waktu pejabat dengan segera.

Pengarah Bahagian Siastan, Datuk Mohd Shukri Abdul berkata beliau telah mengeluarkan arahan pada Isnin, yang mengarahkan semua proses soal siasat saksi perlu bermula dan berakhir semasa waktu pejabat sahaja - iaitu dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

"Kami meminta orang ramai yang mahu membuat laporan atau memberikan kenyataan perlu datang ke pejabat SPRM awal pagi atau petang bagi mengelakkan sebarang kesulitan," katanya.

Tambah Shukri, jika seorang individu membuat laporan pada petang hari Jumaat, kenyataan beliau akan hanya direkodkan pada hari Isnin atau hari bekerja keesokannya.

"Bukan kami tidak mahu melayan orang awam mengikut kesesuaian masa mereka, namun kita perlu melaksanakan perintah mahkamah yang melarang kami merekodkan kenyataan saksi selepas waktu pejabat," katanya.

Minggu lepas, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Ariff Md Yusof mengisytiharkan bahawa SPRM hanya boleh menyoal siasat saksi pada waktu pejabat iaitu dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari.

Keputusan tersebut dibuat selepas mahkamah menerima permohonan saman, anggota Majlis Perbandaran Kajang Tan Boon Wah yang mendakwa penahanan dan soal siasat yang dilakukan selama 16 jam sehari oleh SPRM, menyalahi undang-undang dan menyebabkan beliau mengalami kerugian serta kesan buruk.

Sementara itu, di Kuala Lumpur, peguam veteran, Karpal Singh berkata suspek jenayah dan saksi boleh melepaskan diri sekiranya polis menjalankan proses soal siasat selepas waktu pejabat.

Karpal Singh berkata terdapat satu kes pada tahun 1983 di mana, Rahmat Satiman bersama bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim yang dituduh bersama membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Taha Talib, dibebaskan selepas Mahkamah Pesekutuan menerima rayuannya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan