Skim Industri Desa Usahasama Swasta-AADK Diwujudkan

Diterbitkan: Rabu, 25 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skim Industri Desa akan diwujudkan di pusat pemulihan penagihan narkotik (Puspen) bagi membolehkan pihak swasta membantu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melaksanakan program itu, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata di bawah skim itu penghuni di Puspen boleh menjadi pekerja dan dibayar gaji mengikut pasaran dan hasilnya boleh dikongsi dengan pihak swasta yang menguruskannya.

Skim itu akan dilaksanakan di 28 pusat yang membabitkan lebih 320 hektar kawasan, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tindakan menangani dadah peringkat kebangsaan kedua di Parlimen di sini Rabu.

"Jadi, saya telah mengarahkan supaya satu skim yang tersusun dan rapi boleh kita sediakan termasuklah cara untuk menarik swasta membantu menyediakan tapak dan tempoh masa yang sesuai di samping beberapa bentuk insentif tertentu boleh kita berikan kepada mereka," katanya.

Beliau berkata penglibatan swasta diharap bukan setakat menyediakan peluang pekerjaan kepada penghuni Puspen tetapi juga dapat melatih dan memberikan apa sahaja bentuk bantuan lain.

"Ini kita lihat dalam bentuk tanggungjawab sosial korporat swasta, jadi secara terperincinya, skim ini akan kita umumkan awal tahun ini," katanya.

Muhyiddin berkata selain itu, mesyuarat hari ini turut bersetuju mewujudkan pengurus kes bagi menguruskan perkara pengawasan dalam komuniti secara lebih berkesan.

"Maknanya di sini kita nak melantik pegawai yang pakar, yang mahir, yang boleh membantu dalam menguruskan kes-kes yang sebahagaian besarnya dulu diuruskan oleh polis, tapi sekarang ini, kita percaya agensi dadah memerlukan tenaga itu.

"Ini kita akan buat secara berperingkatlah, di samping itu, kita boleh meminta badan bukan kerajaan tampil untuk turut serta bersama-sama menguruskan soal penyalahgunaan dadah ini," katanya.

Beliau berkata selain itu, majlis juga bersetuju bahawa terdapat keperluan untuk menyediakan pegawai perubatan dan pegawai psikiatri di Puspen, terdiri daripada satu panel yang dianggotai doktor perubatan tempatan.

Muhyiddin berkata selain itu, mesyuarat itu juga telah memutuskan bahawa satu usaha untuk mengumpulkan data yang terperinci mengenai penyalahgunaan dadah di seluruh negara mengikut kategori kes-kes tertentu perlu dilakukan bagi memperoleh gambaran sebenar senario dadah di negara ini.

Katanya, ini akan memudahkan AADK mengatur strategi dan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk membanteras dan memulihkan penagih-penagih dadah.

Beliau juga berkata selain itu, majikan diharap dapat menjalankan tanggungjawab sosial korporat mereka dengan mengambil bekas penagih dadah yang telah pulih sepenuhnya bekerja.

Timbalan Perdana Menteri turut meminta kerjasama media bagi membantu mempertingkatkan kempen antidadah kerana kerajaan tidak mahu masyarakat menganggap masalah dadah sudah berkurangan ataupun reda. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan