Orang Melayu Jangan Keterlaluan Dalam Politik - Rais

Diterbitkan: Rabu, 25 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JELEBU: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata orang Melayu tidak perlu keterlaluan dalam mentakrif perjuangan politik mereka sehingga sukar untuk membentuk perpaduan ummah.

"Sekiranya orang Melayu terlalu taksub dengan politik harian dan politik mingguan, saya dapati kerenggangan itu akan merugikan masyarakat atau umat Islam sendiri," katanya kepada pemberita selepas upacara penerimaan tiga ekor lembu korban di Masjid Kampung Sepri di sini hari ini.

Rais berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah pun menunjukkan teladan yang baik dengan minum teh bersama ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ini satu sikap yang baik di mana dalam masa berdebat dan bertegang urat, para pemimpin ini telah menunjukkan ada masa untuk berharmoni dengan saudara sebangsa dan seagama," katanya.

Langkah pertama seperti ini, katanya, harus diwujudkan oleh pemimpin Melayu supaya perjuangan bangsa dapat diasaskan kepada kepentingan agama dan bukan semata-mata disebabkan pemikiran politik yang sempit. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan