Muhyiddin Minta Tengku Razaleigh Fikir Mendalam Untuk Ketuai Kaukus Petroleum

Diterbitkan: Rabu, 25 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddn Yassin pada Rabu meminta Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah meneliti semasak-masaknya sebelum bersetuju mengetuai kaukus petroleum yang ingin dibentuk oleh pakatan pembangkang bagi menuntut bayaran royalti hasil minyak di Kelantan.

Timbalan Perdana Menteri berkata bahaw pada dasarnya Barisan Nasional tidak terlibat dengan perkara-perkara sedemikian kerana terikat dengan prinsip parti.

"Eloklah Tengku Razaleigh teliti semasak-masaknya walaupun ia melibatkan negeri Kelantan tetapi ini ditaja oleh pihak parti pembangkang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang nak mengusahakannya.

"Jadi, kalau atas dasar yang biasa, biasanya kita tidak fikir sesuai tetapi saya percaya Tengku Razaleigh faham tentang itu dan kita serah kepada kebijaksanaan beliau untuk teliti sebelum buat keputusan muktamad. Saya fikir beliau orang lama dalam parti, dia tahulah keputusan apa yang dia nak buat," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu ketika diminta mengulas kenyataan Tengku Razaleigh pada Selasa yang menafikan dakwaan Anwar bahawa beliau telah bersetuju mengetuai kaukus petroleum itu tetapi masih menimbangkannya.

Mengenai krisis dalaman MCA, Muhyiddin berkata beliau tidak akan memberikan sebarang kenyataan kepada media sebelum mengemukakan laporan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, beliau berkata inisiatif bagi menyelesaikan krisis yang dihadapi parti komponen BN itu berjalan setiap hari.

Mengulas keputusan Mahkamah Tinggi yang melarang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat, beliau berkata ia akan dibincangkan oleh kabinet apabila Perdana Menteri pulang dari luar negara.

"Saya tak mahu nak komen lagi walapun ada pihak yang mempunyai pandangan yang pro dan kontra kerana ini ada hubung kait dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah. Jadi, kita tidak mahu dilihat sebagai tidak menghormati mahkamah," katanya.

Muhyiddin juga berkata beliau tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh ahli akademik Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim bahawa sekolah Cina banyak melahirkan pelajar "copy cat".

"Saya tak tau apa makna pelajar copy cat...saya fikir di sekolah Cina banyak pelajar cemerlang juga. Saya tak faham apa yang dimaksudkan. Biar Prof Khoo Kay Kim yang jelaskan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan