Hubungan Pemimpin Umno Terengganu Semakin Erat - Hishammuddin

Diterbitkan: Rabu, 25 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kedudukan Umno dan Barisan Nasional (BN) di Terengganu semakin baik sejak kebelakangan ini apabila beberapa wakil rakyat yang dulunya dilihat tidak 'sehaluan' di antara satu sama lain, hadir bersama pada program-program yang diadakan dari semasa ke semasa.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kehadiran mereka untuk berkhidmat kepada rakyat melebihi kepentingan peribadi.

"Kita dapat lihat sendiri semasa membuat tinjauan keadaan banjir di Hulu Terengganu hari ini, mereka hadir bersamasama membantu rakyat.

"Dalam keadaan banjir begini, pemimpin turut bersama masyarakat membantu mangsa banjir. Apa guna kita bertelagah sesama sendiri, sedangkan rakyat memerlukan pertolongan dan khidmat daripada kita (pemimpin)," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat di Ibu Pejabat Polis Kontijen Terengganu di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Polis Terengganu SAC 1 Datuk Mohd Shukri Dahlan.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata, polis Terengganu akan dibekalkan dengan kenderaan pacuan empat roda bagi melicinkan tugas mereka mulai awal tahun depan.

Bagaimanapun katanya beliau tidak dapat memberi jumlah kenderaan dan peruntukan yang diperlukan itu kerana ia bergantung kepada maklumat yang akan diperolehi daripada polis Terengganu terlebih dahulu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan