Tiada Cadangan Hapus Perlindungan Insurans Kereta Lama

Diterbitkan: Selasa, 24 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang menidakkan perlindungan insurans bagi kereta lama serta kenderaan berharga bawah RM10,000, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga tidak bercadang untuk menghapuskan keperluan perlindungan pihak ketiga yang merupakan keperluan wajib di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata kesukaran orang ramai untuk mendapatkan perlindungan insurans pihak ketiga adalah ekoran kerugian yang dialami oleh penanggung insurans akibat kos tuntutan yang sangat tinggi bagi perlindungan pihak ketiga yang tidak setimpal dengan premium yang dikenakan.

"Sungguhpun penanggung insurans semakin berhatihati menawarkan perlindungan insurans motor pihak ketiga secara individu, orang ramai boleh mendapatkan perlindungan berkenaan melalui "Malaysian Motor Insurance Pool" (MMIP) yang merupakan suatu pakatan industri di mana penanggung insurans berkongsi premium dan tuntutan secara sama rata," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) di Dewan Rakyat yang menanyakan adakah menjadi polisi kerajaan untuk menidakkan perlindungan insurans kereta lama berusia 10 tahun dan ke atas, serta kenderaan berharga RM10,000 ke bawah.

Semasa membentangkan Bajet 2010 bulan lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan bahawa satu skim insurans akan diperkenalkan kepada rakyat pada harga premium yang berpatutan dengan tahap perlindungan yang ditawarkan.

"Skim yang akan mengatasi masalah kesukaran mendapatkan perlindungan insurans pihak ketiga ini juga akan mempunyai proses tuntutan insurans yang cepat dan mudah," katanya.

Beliau berkata Kementerian Kewangan, Bank Negara dan Kementerian Pengangkutan kini dalam proses mengkaji penerapan suatu mekanisme skim insurans motor yang bersesuaian.

"Ini adalah di samping kajian holistik yang sedang dijalankan untuk mencapai peningkatan dalam akses, kecekapan dan kemampanan sektor insurans motor dan butirbutir lanjut mengenai mekanisme berkenaan akan diumumkan kelak," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan