Mualaf Boleh Fail Cerai Di Mahkamah Sivil, Cadang Pindaan Undang-Undang

Diterbitkan: Selasa, 24 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cadangan pindaan undang-undang berkaitan penukaran agama bakal membolehkan mereka yang memeluk agama Islam turut diberikan hak untuk memfailkan petisyen penceraian di Mahkamah Sivil.

Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara Mohamad Naser Disa berkata cadangan pindaan terhadap akta 164 iaitu Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1967 sebelum ini hanya terpakai kepada mereka yang bukan Islam sahaja memfailkan penceraian bagi perkahwinan sivilnya di bawah subsekyen 51(1).

"Ia bertujuan untuk mengelakkan mereka yang memeluk Islam dizalimi pasangan mereka yang enggan memfailkan petisyen penceraian. Melalui pindaan ini, pasangan yang memeluk Islam boleh memohon petisyen penceraian di Mahkamah Sivil atas alasan memeluk Islam," katanya dalam taklimat khas undang-undang berkaitan penukaran agama di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Dalam taklimat itu, beliau turut menegaskan cadangan pindaan tersebut turut melibatkan dua lagi akta iaitu Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) dan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303).

Beliau berkata bagi mereka yang memeluk Islam, sekatan tempoh dua tahun bagi petisyen penceraian yang difailkan akan dikecualikan melalui persetujuan bersama.

"Cadangan peruntukan baru terhadap subseksyen 51(1A) juga bertujuan untuk menetapkan tarikh kuatkuasa pembubaran perkahwinan sivil kepada tiga bulan selepas pihak itu masuk Islam," katanya.

Mohamad Naser berkata antara fokus cadangan pindaan ialah pemberian kuasa kepada mahkamah sivil untuk memutuskan perkara-perkara mengikut undang-undang sivil berkaitan pembahagian aset perkahwinan (harta sepencarian), nafkah dan hak penjagaan anakanak serta larangan ibu atau bapa daripada mendaftarkan penukaran agama anak.

Beliau berkata menerusi cadangan peruntukan baru seksyen 51A (1), (2) dan (3) bertujuan memberi kuasa kepada Mahkamah Sivil untuk menguruskan pembahagian aset perkahwinan yang dipunyai oleh kedua-dua pihak selain harta lain.

Ia juga bertujuan membolehkan mahkamah menguruskan harta pihak yang memeluk Islam yang meninggal dunia sebelum perkahwinan bukan Islamnya dibubarkan dan pengagihan harta si mati kepada warisnya yang beragama Islam atau Baitulmal, katanya.

Selain itu, cadangan pindaan kepada Akta 505 menerusi pindaan seksyen 89 adalah bertujuan untuk meletakkan tanggungjawab kepada Pendaftar Mualaf untuk membantu seseorang mualaf memaklumkan kepada anggota keluarganya yang terdekat mengenai pemelukan Islamnya.

"Ia bertujuan bagi mengelakkan kes rebut jenazah dan Pendaftar Mualaf boleh mengecualikan keperluan memaklumkan perkara tersebut sekiranya mendapati ia boleh membahayakan keselamatan mualaf tersebut dan satu sijil perakuan sementara masuk Islam akan dikeluarkan.

"Pendaftar Mualaf tidak boleh mendaftarkan nama mualaf itu dalam Daftar Mualaf sehingga beliau berpuas hati dengan segala tanggungjawab mualaf berhubung dengan aset perkahwinan, nafkah pasangan dan anak serta jagaan anak semasa perkahwinan sivilnya telah diselesaikan," katanya.

Beliau berkata cadangan peruntukan baru seksyen 92A di bawah akta tersebut bertujuan untuk menyelaraskan Akta 505 dengan pindaan yang dibuat terhadap Akta 164 berhubung dengan kuasa Mahkamah Sivil mengenai aset perkahwinan dan harta lain mualaf yang mati sebelum perkahwinan bukan Islamnya dibubarkan.

Peruntukan ini juga terhad hanya kepada aset perkahwinan dan harta lain yang dipunyai atau yang diperolehnya sebelum dia memeluk Islam dan tidak menjejaskan harta mualaf yang diperoleh selepas memeluk Islam, tambahnya.

Cadangan pindaan terhadap akta 303 pula ialah pindaan ke atas Seksyen 18 yang bertujuan memberikan kuasa kepada hakim Mahkamah Syariah membenarkan mualaf berkahwin.

Turut dicadangkan ialah pemotongan subseksyen 46(2) bagi mengelak pertindihan bidang kuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil dan bertujuan untuk menjadikannya selaras dengan cadangan pindaan kepada seksyen 3 dan 51 Akta 164 yang memberi kuasa kepada Mahkamah Sivil untuk mendengar petisyen penceraian dan relif sampingan yang difailkan oleh pihak kepada suatu perkahwinan bukan Islam yang telah memeluk agama Islam.

Turut hadir pada majlis taklimat itu ialah Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali dan Pegawai Syariah di Jabatan Peguam Negara Abd Walid Abu Hassan. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan