Kota Siputeh: Abu Hassan Sarif Minta Mahkamah Rayuan Tangguh Keputusan Kosongkan Kerusi DUN

Diterbitkan: Selasa, 24 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Abu Hassan Sarif hari ini memfailkan permohonan untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 16 November lalu yang memutuskan beliau bukan lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh dan kerusi berkenaan telah kosong serta satu pilihan raya kecil perlu diadakan.

Beliau memfailkan dokumen itu dihadapan pendaftar Mahkamah Rayuan melalui peguamnya, Abu Bakar Isa Ramat di sini pada Selasa.

Abu Hassan secara peribadi mengesahkan afidavit-afidavit di hadapan Pesruhujaya Sumpah di Putrajaya pada pukul 10 pagi tadi.

Satu lagi permohonan serupa yang difailkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya akan didengar di Mahkamah Rayuan pada pukul 2.30 petang ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan