Ketidaktegasan Nik Aziz Bukti Kelemahan Kepimpinan PAS

Diterbitkan: Selasa, 24 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ketidaktegasan pendirian Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam membuat sesuatu keputusan adalah satu bukti kelemahan kepimpinan PAS.

Beliau berkata bahawa dalam membaut keputusan jika sesuatu perkara itu ada kepentingan peribadi, Nik Aziz mempunyai sikap memilih, tidak tegas, tidak konsisten dalam banyak hal dan kadangkala bercanggah.

"Seperti soal dia mendapat tajaan nak pergi Mekah, dia kata okay, selepas itu kata tak okay. Tetapi tahun depan, dia kata jika ada orang nak taja, mungkin dia nak pergi juga. Jadi, kita tak tahu dia pakai hukum apa.

"Jadi, nampak sangat kepimpinan sebegini yang tak konsisten, tak bersandar kepada perkara yang jelas, langsung tidak telus. Bagi saya, ini menunjukkan satu tahap kelemahan dalam daya kepimpinan PAS sendiri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mineral Negara di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai arahan Nik Aziz supaya menantunya Abdul Ariffahmi Abdul Rahman meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Muhyiddin berkata bila tidak konsisten, macam-macam perkara boleh berlaku dan akan menimbulkan syak wasangka.

"Kadang-kadang kita lihat bukan kita sahaja keliru tetapi juga pemimpin dan ahliahli Pas yang keliru dengan apa yang diputuskan oleh beliau. Sekian lama dia sudah berada di situ, hala tujunya juga sudah tidak berapa jelas lagi," katanya.

Muhyiddin berkata keputusan agar Abdul Ariffahmi meletak jawatan adalah keputusan Nik Aziz walaupun sebelum ini beliau mempertahankan kedudukan menantunya itu.

"Nik Aziz mempertahankan (pelantikan itu kononnya kerana) semuanya ikut peraturan dan tidak menyalahi, dan hari ini, buat keputusan berbeza pula dan minta menantunya berhenti.

"Bila sudah ada soal kepentingan dia sendiri, tidak konsisten, (itu) mencerminkan soal ketidaktentuan dari segi membuat keputusan dan pendirian," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan