Kementerian Akan Pinda Akta Pemberi Pinjam Wang 1951

Diterbitkan: Selasa, 24 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan meminda Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 bagi memperkemaskan dan memperkasakan skop akta itu untuk melindungi hak dan kepentingan peminjam.

Justeru itu, kata Menteri berkenaan Datuk Seri Kong Cho Ha syaratsyarat untuk pemberi pinjam wang berlesen akan diperketatkan selain mengenakan hukuman lebih tegas terhadap pelbagai salah laku oleh mereka.

Beliau berkata antara hukuman yang dicadangkan dalam pindaan itu ialah penambahan denda daripada RM100,000 kepada RM250,000 untuk pelbagai kesalahan.

Menurutnya daripada 365 pemantauan sepanjang tahun ini, sebanyak 205 kesalahan dilakukan oleh pemberi pinjam wang berlesen termasuk tidak mempamerkan lesen, mengguna pakai borang perjanjian yang salah, tiada rekod akaun lazim, mengenakan faedah yang tinggi dan tidak menghantar laporan transaksi.

"Kita bimbang jika pemberi pinjam wang berlesen tidak mematuhi syarat dan peraturan, ia akan memberi kesan kepada orang ramai yang keliru sama ada perkhidmatan mereka itu berlesen atau tidak seperti Ah Long," katanya pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Pemahaman Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 di sini, hari ini.

Bengkel sehari anjuran kementerian itu dihadiri kira-kira 50 pemberi pinjam wang berlesen dari sekitar Lembang Klang dan Selangor.

Kong berkata kementerian masih membekukan pengeluaran lesen baru pemberi pinjam wang sejak Mei lepas dan mahu mengkaji semula syaratsyarat pemilikan lesen untuk memastikan pemberi pinjam wang berlesen sedia ada menjalankan perniagaan mengikut syarat ditetapkan.

"Buat masa ini, kementerian masih belum mempunyai perancangan membuka semula permohonan lesen itu," katanya sambil mengingatkan akan mengambil tindakan tegas ke atas pemberi pinjam wang yang didapati menyalahguna lesen mereka.

Terdahulu dalam ucapannya, Kong berkata berikutan banyak kes jenayah melibatkan industri pinjaman wang, masyarakat menganggap pemberi pinjam wang berlesen juga sebahagian daripada Ah Long sedangkan mereka sebenarnya membantu menggerakkan ekonomi negara.

Sehubungan itu, beliau meminta para pemberi pinjam wang supaya berusaha meningkatkan lagi imej industri pemberi pinjam wang sebagai satu industri disegani selain mengubah persepsi masyarakat terhadap mereka.

Beliau juga merasmikan Portal Electronic Moneylender & Pawnbroker System (eMAPs) bertujuan memudahkan orang ramai membuat sebarang permohonan berkaitan akta itu secara dalam talian.

Menurutnya portal itu akan mempamerkan senarai pemberi pinjam wang berlesen di seluruh negara, yang secara tidak langsung melindungi orang ramai daripada tertipu dengan pemberi pinjam wang tidak berlesen atau Ah Long. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan