Hujan Di Kelantan dan Terengganu Sehingga Sabtu

Diterbitkan: Selasa, 24 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan turun sekejap-sekejap dan kadangkala lebat peringkat merah di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu sehingga Sabtu ini.

Peringkat merah merujuk kepada hujan monsun yang lebat dan meluas yang berlaku dan diramal berlaku.

Menurut kenyataan jabatan itu di sini, hari ini, keadaan itu boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan rendah berdekatan tebing sungai.

Di Kelantan kawasan yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Putih, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai manakala di Terengganu ialah kawasan Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Marang dan Dungun.

Selain itu, laut bergelora dan ombak tinggi sehingga 3.5 meter di perairan Kelantan dan Terengganu juga diramal berlaku sehingga Sabtu ini.

Sementara itu, angin kencang mencapai kelajuan 60 kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak sehingga 4.5 meter di perairan Samui (Kelantan dan Terengganu), Tioman (Pahang dan Johor Timur), di perairan Condore di Laut China Selatan dan Bunguran juga berterusan sehingga Sabtu.

Angin kencang Timur Laut berkelajuan 40-50 kmsj dengan ketinggian ombak di tahap 3.5 meter yang berlaku di perairan Sarawak, Reef North, LayangLayang, Palawan, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah (Pantai Barat dan Kudat) dijangka berterusan sehingga esok. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan