Gelombang Kedua Banjir Di Terengganu Ragut Mangsa Pertama

Diterbitkan: Selasa, 24 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Seorang pelajar berumur 15 tahun dari Kampung Taman Tasik, Kuala Besut di sini, hari ini menjadi korban pertama banjir gelombang kedua yang melanda Terengganu sejak Isnin lepas.

Mohd Syahmi Mohd Yusof, pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kuala Besut, dipercayai dihanyutkan arus deras Sungai Pengkalan Ubi Keling ketika bersama-sama dua rakannya berenang untuk mengangkat jaring ikan yang dipasang mereka petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut DSP Roslan Hasan berkata dalam kejadian pada 10 pagi itu, Mohd Syahmi dilihat oleh dua rakannya dalam keadaan terkapai-kapai sebelum hilang dibawa arus.

Menyedari kehilangan Mohd Syahmi, dua rakannya segera meminta bantuan penduduk kampung yang menjalankan usaha mencari dengan menggunakan khidmat penyelam.

Mayat Mohd Syahmi ditemui di dasar sungai sejam kemudian tidak jauh dari tempat kejadian. Gelombang pertama banjir di Terengganu sebelum ini meragut nyawa seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun di Sungai Terengganu di Kampung Getang, Telemong, Hulu Terengganu, 7 November lalu. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan