BN Akan Tetapkan Calon Sesuai Bagi Kota Siputeh

Diterbitkan: Selasa, 24 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) akan menamakan calon yang sesuai selain Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir jika mahkamah memutuskan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah itu bukan bermakna Mukhriz tidak sesuai tetapi bagi memberi peluang kepada orang di kawasan itu.

Katanya Mukhriz boleh membantu dalam kempen pilihan raya kecil nanti berikutan beliau mempunyai pengaruh dan diterima baik ramai pengundi di kawasan parlimen itu.

"Di kawasan Parlimen (Jerlun), Mukhriz menang lebih banyak majoriti daripada calon kita di peringkat DUN (Kota Siputeh). Ini bermakna satu penerimaan yang baik.

"Jadi, beliau (Mukhriz) boleh mempengaruhi, boleh turun membantu, tak kira siapa calon yang akan ditetapkan nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mineral Negara Ke-7 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri disebut-sebut akan menjadi calon bertanding jika berlaku pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh dalam kawasan parlimen Jerlun.

Mengenai keputusan yang akan diumumkan mahkamah berhubung Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengemukakan rayuan bagi menangguh pelaksanaan keputusan mahkamah yang mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh sebagai kosong, pada hari ini, Muhyiddin berkata : "Apapun keputusan yang dibuat mahkamah nanti, kita tidak boleh bertindak awal. Tetapi kita akan terima, jadi, kita akan tunggu keputusan."

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata parti ini sentiasa bersedia setiap kali berhadapan dengan situasi sebegini.

"Perkara ini sudah menjadi lumrah, saya telah melalui sembilan kali pilihan raya kecil, kalau tambah satu pun tak banyak beza. Tetapi jika kita terpaksa berhadapan dengan pilihan raya umum, kita akan bekerja besungguh-sungguh untuk mempertahankan kerusi kita," katanya.

Beliau berkata terdapat banyak perubahan sikap yang berlaku di kalangan rakyat pada masa ini yang didapati menyokong kepimpinan BN.

Bagaimanapun, katanya beliau tidak mahu terlalu yakin dan akan melakukan analisis serta langkahlangkah sewajarnya seperti membuat persiapan, memilih calon yang terbaik, bekerja bersungguh-sungguh dan menyelesaikan masalah berbangkit. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan