Taun: 185 Kes Disahkan Di Terengganu, 18 Di Sabah

Diterbitkan: Isnin, 23 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Setakat ini dua negeri iaitu Terengganu dan Sabab mencatatkan kes penyakit taun dengan masing-masing melaporkan 185 dan 18 kes positif taun semalam, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

"Keadaan kolera (penyakit taun) terkawal di Sabah, (jadi) orang ramai tidak harus panik, tapi seperti biasa nasihat kita orang ramai (hendaklah) menjaga kesihatan dan kebersihan diri, dan berhati-hati semasa menangani pemakanan seharian," katanya kepada pemberita selepas melancarkan persidangan antarabangsa kedua mengenai Perubatan Desa 2009 di sini, hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasir Tun Sakaran dipetik sebagai berkata 18 orang disahkan menghidap taun di Semporna dan menerima rawatan di hospital.

Pasar ikan Semporna yang dipercayai punca jangkitan kuman taun ditutup sebagai langkah pencegahan.

Rosnah mengesahkan laporan itu dan menyatakan 17 kes adalah di Semporna dan satu kes dari Pulau Gaya, dekat sini.

Beliau menjelaskan bahawa jangkitan penyakit taun di Terengganu adalah berbeza dengan Sabah kerana jenis kuman taun di negeri pantai timur Semenanjung itu berlainan dan tidak bertindak balas dengan antibiotik yang biasa digunakan untuk merawat penyakit taun.

"Di Sabah, jenis kuman adalah yang biasa. Setakat ini pesakitpesakit bertindak balas dengan antibiotik diberikan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan