Peniaga Dilarang Kenakan Caj Kad Kredit Tambahan, Kata Ahmad Husni

Diterbitkan: Isnin, 23 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Para peniaga pada prinsipnya dilarang daripada mengenakan caj tambahan kad kredit atau 'surcharge' kepada pelanggan yang membeli barangan menggunakan kad kredit, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata larangan ke atas pengenaan caj tambahan adalah selaras dengan peraturan syarikat penjenama kad seperti MasterCard Worldwide dan Visa International, serta dalam syarat perjanjian di antara peniaga dan institusi pemeroleh peniaga.

"Pemegang kad sebenarnya berhak memaklumkan kepada institusi pemeroleh peniaga atau pengeluar kad kredit yang berkenaan mengenai pengenaan caj tambahan dengan mengemukakan bukti, contohnya resit bayaran yang menyatakan jumlah caj tambahan itu supaya dapat disiasat dan tindakan sewajarnya boleh diambil oleh institusi pemeroleh peniaga, ke atas peniaga yang berkenaan.

"Pemegang kad juga mempunyai pilihan untuk tidak membeli barangan daripada peniaga yang mengenakan caj tambahan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) di Parlimen hari ini.

Abdul Rahman ingin tahu mengapa kedaikedai dibenarkan mengenakan caj tambahan sebanyak dua peratus kepada pembeli yang menggunakan kad kredit dan menyifatkan tindakan itu sebagai "rompakan siang hari". Abdul Rahman turut mencadangkan supaya Bank Negara diberi kuasa memantau dan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang berhubung perkara itu.

Menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) yang ingin tahu rasional kerajaan mengenakan cukai perkhidmatan RM50 setahun bagi setiap kad kredit utama pula, Ahmad Husni berkata ia adalah bagi memupuk semangat berbelanja secara berhemah.

Menurutnya selain itu kerajaan membuat keputusan tersebut setelah melihat kepada gambaran yang lebih besar kerana ada individu yang tahap kemampuannya tidak tinggi tetapi memiliki kad kredit yang banyak. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan