MIC Adakan Pendaftaran Dan Pengesahan Pengundi

Diterbitkan: Isnin, 23 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu mengarahkan satu proses pengesahan dan pendaftaran pengundi dilaksanakan di semua cawangan parti seluruh negara sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata MIC perlu mempunyai jumlah pengundi dalam memastikan pengundi dapat diberikan kepada Barisan Nasional (BN).

Katanya langkah pertama ialah untuk mengesahkan pengundi yang telah berdaftar di setiap cawangan MIC bagi mengetahui status pengundi sekarang.

"Mereka hendaklah mengenalpasti jika semua pengundi itu kini menetap di lokaliti masing-masing atau telah berpindah, dan jika, cari mereka dan sahkan status mereka (pengundi)" katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya keutamaan ialah untuk memastikan bahawa anggota parti seramai 630,000 orang berdaftar sebagai pengundi.

Samy Vellu berkata setiap cawangan perlu menyediakan satu bank data yang lengkap dengan nombor yang boleh dihubungi dan alamat terkini pengundi.

Beliau berkata langkah itu adalah perlu kerana pilihan raya kecil baru-baru ini menunjukkan ramai pengundi telah berpindah dari lokaliti mereka tetapi tidak ada catatan mengesahkan ini.

"Langkah seterusnya ialah untuk mendaftar pengundi baru dengan bantuan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR)," katanya sambil menambah bahawa cawangan boleh meminta bantuan daripada Unit Pendaftaran Bergerak atau melalui Internet.

Katanya langkah ini sedang dalam pelaksanaan untuk mengenalpasti pengundi di kalangan generasi muda, khasnya mereka yang baru mencapai umur 21 tahun.

"Sehubungan ini, sayap Pemuda, Putera dan Puteri di setiap cawangan akan digerakkan untuk sampai kepada generasi muda," katanya sambil menambah bahawa pelaksanaan ini akan dijalankan sekali dalam setiap enam bulan.

Samy Vellu berkata pemimpin bahagian akan memantau (proses pengesahan dan pendaftaran) ini dan melaporkan kepada ketua-ketua parti negeri masing-masing yang akan mengemukakan satu senarai lengkap kepada ibu pejabat MIC.

"Pelaksanaan ini mengambilkira apabila kita menilai pencapaian cawangan di bawah Petunjuk Pencapaian Utama dan proses Penarafan-Bintang," tambahnya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan