Malaysia Lihat Konflik Sri Lanka Sebagai Isu Dalaman

Diterbitkan: Isnin, 23 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia melihat konflik kaum di Sri Lanka sebagai isu dalaman negara berkenaan, satu pendirian yang sejajar dengan dasar luar negara yang berteraskan kepada prinsip menghormati kemerdekaan, kedaulatan dan integriti wilayah serta tidak mencampuri urusan dalaman negara lain, kata Timbalan Menteri Luar A.Kohilan Pillay.

Beliau berkata sejak konflik tersebut berakhir pada pertengahan Mei lepas, kerajaan Sri Lanka telah mengundang Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ban KiMoon untuk melawat negara itu.

"Semasa lawatan itu, kerajaan Sri Lanka telah, antara lain, memberi jaminan kepada masyarakat antarabangsa untuk bekerjasama rapat dengan badan-badan kemanusiaan antarabangsa bagi mengendalikan pelbagai perkara berkaitan konflik tersebut termasuk soal kebajikan dan keselamatan orang pelarian di pusat perlindungan kerajaan di negara itu," katanya ketika menjawab soalan P.Ramasamy (DAP-Batu Kawan).

Ramasamy bertanya kenapa kerajaan Malaysia enggan mengutuk kerajaan Sri Lanka berhubung masalah pembunuhan dan pelarian etnik Tamil selepas perang yang menyaksikan lebih 300,000 pelarian berada di kemkem tahanan tanpa makanan, pakaian, perubatan dan kemudahan asas yang cukup.

Kohilan berkata wakil khas kerajaan yang dihantar PBB ke Sri Lanka juga telah memberi penilaian positif mengenai kemajuan yang dicapai negara itu dalam melaksanakan pelbagai program bagi menangani perkaraperkara berkaitan konflik tersebut setakat ini.

Beliau berkata sebagai negara yang menikmati hubungan baik dengan Sri Lanka, Malaysia sentiasa menyokong usaha negara itu dalam menangani sebaik-baiknya semua perkara berkaitan konflik itu.

"Kerajaan Malaysia yakin, berkat kesungguhannya serta sokongan berterusan PBb, kerajaan Sri Lanka berkeupayaan menangani kesemua perkara tersebut, menurut kehendak masyarakat antabangsa," katanya.

Mengenai dakwaan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang pauh) kononnya terdapat pelarian yang berada lebih 20 tahun di pusat perlindungan kerana kerajaan Sri Lanka belum mahu membenarkan mereka pulang ke tempat asal masing-masing, Kohilan berkata kerajaan Sri Lanka telah menyatakan bahawa ia akan hantar kesemua pelarian pulang secara berperingkat-peringkat. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan