Wanita Umno Buka Peluang Kepada Lelaki Sertai Skuad Sayang

Diterbitkan: Ahad, 22 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Wanita Umno memberi peluang kepada sesiapa sahaja termasuk lelaki untuk menganggotai Skuad Sayang bagi membantu pergerakan itu melaksanakan kerja kebajikan dan sukarelawan.

Ketua Pergerakan itu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata walaupun Skuad Sayang berada di bawah naungan Wanita Umno, pergerakan itu mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu menyertainya.

"Sesiapa juga boleh menyertai Skuad Sayang, walaupun ia berada di bawah naungan Wanita Umno tetapi kerja-kerja amal yang kita buat merentasi ideologi politik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Jalinan Rakyat Skuad Sayang Pergerakan Wanita Umno di Balai Raya Kampung Janda Baik di sini, semalam.

Pada majlis itu, Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut menyampaikan bantuan selimut dan beg sekolah kepada 158 penduduk Kampung Janda Baik.

Beliau berkata Skuad Sayang itu ditubuhkan baru-baru ini bagi menyahut saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden Umno yang mahu melihat adanya peningkatan semangat sukarelawan dalam membuat kerja kebajikan dan membantu orang lain.

Shahrizat berkata menerusi Skuad Sayang, yang kini mempunyai 19 cawangan, semangat sukarelawan dapat dihidupkan semula kerana ia sebahagian budaya masyarakat Malaysia.

"Skuad Sayang ini bukan hanya tertumpu kepada masa-masa bencana, tetapi kita ada program tiap-tiap minggu, tumpuan kita adalah pada masyarakat miskin, sakit dan yang memerlukan bantuan". BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan