RM600 Juta Untuk Baiki Sembilan Kem Tentera Seluruh Negara

Diterbitkan: Ahad, 22 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Sejumlah RM600 juta telah diperuntukkan untuk membaiki keadaan sembilan buah kem tentera yang dikategorikan sebagai daif di seluruh negara, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini semalam.

Katanya, projek menaik taraf kem-kem berkenaan akan bermula pada Mac tahun depan dan akan melibatkan pembinaan bangunan kediaman baru, menaik taraf bangunan pejabat serta penyediaan kemudahan-kemudahan lain.

Bercakap kepada pemberita dalam lawatan singkatnya di sini, beliau berkata terdapat kem-kem yang masih menggunakan bangunan-bangunan kayu yang mencecah usia 30 tahun yang perlu diganti.

Menurutnya daripada keseluruhan peruntukan untuk pembangunan kem ini, sejumlah RM60 juta akan diperuntukkan bagi memperbaiki keadaan kem di bahagian utara Sarawak.

Dr Ahmad Zahid yang tiba di sini setelah melawat Ba' Kelalan di daerah Lawas berkata kementeriannya melalui projek Jiwa Murni akan membina sebuah jalan raya sepanjang 75 kilometer dan empat buah jambatan di kawasan berkenaan dengan kos bernilai RM52.2 juta. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan