Penahanan Anggota Umno Bukti SPRM Adil

Diterbitkan: Ahad, 22 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Penahanan enam anggota Pemuda Umno Bahagian Kota Tinggi pada Jumaat membuktikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam menjalankan tugas mereka, kata Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.

Beliau berkata tindakan itu sekali gus bercanggah dengan dakwaan sesetengah pihak terutamanya parti pembangkang yang mendakwa SPRM lebih memihak kepada parti pemerintah.

"Saya percaya SPRM tidak memihak mana-mana orang, sesiapa yang didapati terlibat dengan amalan rasuah akan diambil tindakan sama ada daripada pembangkang ataupun parti kerajaan," katanya selepas merasmikan pembukaan Hospital Pakar Regency di Seri Alam, Masai di sini semalam.

Menjawab satu soalan, Abdul Ghani yang juga Ketua Perhubungan Umno Johor berkata Ketua Bahagian Umno Kota Tinggi Datuk Seri Syed Hamid Albar belum memaklumkan perkara itu kepada beliau.

Abdul Ghani berkata Umno Johor menyerahkan kepada SPRM untuk menyiasat kes berkenaan.

Semalam, SPRM menahan enam anggota Pemuda Umno bahagian Kota Tinggi atas dakwaan rasuah.

Mereka didakwa cuba menawarkan rasuah kepada tiga daripada 18 bekas anggota jawatankuasa bahagian itu yang meletakkan jawatan Ahad lepas berikutan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan ketua pemudanya.

Ekoran peletakan jawatan beramai-ramai itu suspek dipercayai cuba berunding dengan seorang bekas anggota jawatankuasa sayap itu bagi mengelakkan pemilihan untuk sayap itu diadakan.

Keenam-enam suspek berusia antara 30 dan 40 tahun, ditahan pada pukul 2 pagi di rumah bekas anggota jawatankuasa sayap itu selepas didakwa cuba memujuknya agar menarik semula peletakan jawatannya dengan menawarkan RM40,000. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan