Nik Ali: Saya Tidak Sabotaj Kerajaan Pulau Pinang

Diterbitkan: Ahad, 22 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang tidak pernah mensabotaj mahupun menekan kerajaan negeri walaupun ia ditadbir oleh pembangkang, kata seorang pegawai di sini semalam.

Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) Pulau Pinang, Nik Ali Mat Yunus berkata, dakwaan Ketua Menteri Lim Guan Eng mengenai hal itu adalah liar dan tidak benar sama sekali.

Katanya, beliau sentiasa menghormati institusi Ketua Menteri dan menerima hakikat bahawa Lim merupakan ketua kerajaan negeri ini dan sentiasa mahu berbaik dengan pentadbiran negeri.

"Selaras dengan keputusan jemaah menteri, SDO bertindak melaksanakan intervensi dan sebagai "trouble-shooter" bagi memastikan sebarang projek persekutuan yang dianggap "sakit" atau bermasalah dapat dilaksanakan mengikut jadual.

"Saya hanya menjalankan tugas secara profesional sebagai penjawat awam dan tidak sepatutnya saya diserang sedemikian. Saya amat dukacita dengan tindakan ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup "Program Bual Bicara Kenali Anak Kita" anjuran bersama Persatuan Pengasih Malaysia dan Petronas di sini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri yang mendakwa SDO cuba memberi tekanan kepada kerajaan negeri agar segera menyelesaikan pelbagai isu yang timbul untuk membolehkan projek persekutuan dilaksanakan atau akan bertindak membatalkan projek itu serta menarik balik peruntukannya.

Lim dilaporkan kecewa dengan sikap SDO itu yang dianggap boleh menjejaskan penyaluran projek persekutuan ke negeri ini.

Nik Ali berkata, sebagai peneraju agensi persekutuan di Pulau Pinang serta penyelaras kepada projek-projek persekutuan, beliau perlu memastikan kelancaran projek di negeri ini.

Katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Taman Botani selaku agensi pelaksana telah memberi jaminan bahawa pihak berkuasa negeri akan menyelesaikan beberapa isu termasuk pemindahan setinggan dan rumah kedai, tetapi projek itu mengalami kelewatan kerana tiada kesungguhan kerajaan negeri untuk memindahkan beberapa buah rumah kedai di tapak projek itu.

Beliau berkata jika mempunyai niat seperti itu, sudah pasti Pulau Pinang tidak akan mendapat peruntukan RM7.6 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) melibatkan 1,055 projek dan kira-kira RM300 juta dalam dua pakej rangsangan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan