MAS RAIH SYARIKAT PENERBANGAN LIMA BINTANG & KABIN TERBAIK DUNIA 2010

Diterbitkan: Ahad, 22 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAs) meraih kejayaan berganda apabila dianugerahkan "Syarikat Penerbangan Lima Bintang" untuk tahun kelima dan anugerah "Kakitangan Kabin Terbaik Dunia" untuk kali ketujuh oleh Skytrax, sebuah organisasi bebas di United Kingdom berpengalaman 20 tahun dalam penyelidikan syarikat penerbangan.

MAS diiktiraf sebagai syarikat penerbangan lima bintang oleh Skytrax sejak 2005 manakala anak kapalnya meraih anugerah untuk kakitangan kabin terbaik dunia sejak 20012004, 2007, 20092010 terbanyak bagi mana-mana syarikat penerbangan.

"Ini adalah berita yang sangat baik terutama ketika dalam situasi yang sangat sukar ini di mana semua petugas telah bekerja keras bagi menghasilkan produk dan perkhidmatan terbaik yang sangat diperlukan oleh pelanggan. Apa yang menjadi keutamaan mereka, adalah keutamaan kami," kata Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAS Tengku Datuk Azmil Zahruddin.

"Pengiktirafan ini akan mendorong kami untuk menggandakan usaha bagi menghasilkan produk dan perkhidmatan yang lebih berkualiti. Anak kapal kami memberikan perkhidmatan terbaik dan telah berterusan mengekalkan nama syarikat dan Malaysia berada di tempat tertinggi untuk bersaing dalam industri penerbangan. Mereka menjadi contoh terbaik untuk negara memberi layanan mesra," katanya lagi.

Azmil juga berkata syarikat penerbangan itu akan melancarkan perkhidmatan terbaru seperti perkhidmatan penerbangan daripada membeli, berlepas dan mendarat secara bergerak dan meningkatkan talian untuk penebusan mata Enrich.

"Kami juga akan menerima pesawat baru 737-800 Boeing Sky Interior menjelang hujung 2010. Pelanggan akan menikmati suasana dan kemudahan yang lebih baik seperti bumbung yang lebih tinggi, lampu dan hiburan dalam pesawat untuk kelas perniagaan dan ekonomi. Perkhidmatan menerusi talian akan diperkenalkan pada masa depan," katanya.

CEO Skytrax, Edward Plaisted berkata, pemilihan MAS meraih anugerah syarikat penerbangan lima bintang untuk 2009/2010, berdasarkan prestasi syarikat yang konsisten walaupun industri penerbangan berhadapan dengan situasi yang sukar.

"Status lima bintang dianugerahkan kepada syarikat penerbangan yang mencapai prestasi kualiti tertinggi, dan anugerah tertinggi ini diraih MAS berdasarkan komitmen dan kebolehan mereka memberi gabungan terbaik dalam produk dan perkhidmatan.

"Mereka benar-benar fokus dan bukan hanya setakat bertemu tetapi memberi kepuasan kepada pelanggannya," katanya.

MAS sebelum ini turut dipilih sebagai "Syarikat Penerbangan Terbaik di Asia" oleh 180,000 industri profesional melalui undian global yang dikendalikan oleh "World Travel Awards".

Pengiktirafan lain yang diterima MAS tahun ini termasuk memenangi Syarikat Penerbangan Terbaik oleh Malaysia Airports Holding Bhd, menduduki tempat ketiga untuk kategori Syarikat Terbaik oleh Aviation Week, meraih tempat kelapan bagi kategori Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia oleh Smart Travel Asia.

MAS juga terpilih antara 10 syarikat penerbangan terbaik yang pertama kali dianjurkan menerusi talian laman web penerbangan "Global Local Monitor". BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan