Kubur Teoh Digali Semalam, Bedah Siasat Hari Ini - Berita Semasa | mStar

Kubur Teoh Digali Semalam, Bedah Siasat Hari Ini

Diterbitkan: Ahad, 22 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Usaha untuk menggali semula kubur Teoh Beng Hock, setiausaha politik Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan Ean Yong Hain Wah, berjalan lancar di Taman Peringatan Nirvana di Semenyih, Selangor dekat sini semalam.

Kubur Teoh mula digali dalam satu upacara di tanah perkuburan itu mulai 9.15 pagi.

Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, berkata upacara menggali kubur mendiang dilakukan dengan sempurna tanpa sebarang masalah.

"Pihak kawasan ini (Taman Peringatan Nirvana), ahli patologi dan pasukan polis juga memberi kerjasama sepenuhnya kepada kita dalam usaha mengeluarkan keranda Teoh," katanya kepada pemberita di tanah perkuburan itu.

Gobind berkata pakar patologi Thailand, Dr Porntip Rojanasunan, yang dijemput kerajaan negeri Selangor dan Ketua Pathologi Hospital Sungai Buloh Dr Shahidan Md Noor mengetuai upacara menggali kubur itu.

Selain itu, abang mendiang Teoh Meng Kee dan adiknya Teoh Lee Lan hadir bagi membuat pengecaman mayat, katanya.

Gobind berkata mayat mendiang Teoh akan dibedah siasat buat kali kedua di Hospital Sungai Buloh hari ini.

"Kita berharap bedah siasat itu akan dapat diselesaikan selewat-lewatnya petang esok (hari ini) juga," katanya.

Tinjauan Bernama di tanah perkuburan itu mendapati proses menggali kubur mendiang Teoh dilakukan di sebalik kain penghadang besar berwarna putih yang dipasang di sekeliling kuburnya.

Keranda mendiang dibawa keluar dari tanah perkuburan itu kira-kira tiga jam kemudian, selepas satu upacara sembahyang diadakan.

Sementara itu, kira-kira 50 orang anggota keluarga serta rakan mendiang termasuk Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Negeri Selangor, Ronnie Liu turut menghadiri upacara itu.

Bagaimanapun Meng Kee dan Lee Lan enggan ditemubual pemberita.

Teoh, ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai lalu, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan yang sama.

Ekoran ketidakpuasan hati terhadap punca kematian Teoh, mayat Teoh dibenarkan untuk digali semula atas permintaan keluarganya bagi menjalankan bedah siasat kedua. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan