Kerajaan Patut Terima Permohonan Maaf Chin Peng dan Benarkan Dia Pulang - Karpal Singh

Diterbitkan: Ahad, 22 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan dan rakyat negara ini sepatutnya menerima permohonan maaf Chin Peng yang tidak mengenakan sebarang pra-syarat dan membenarkannya pulang ke tanah air, kata Pengerusi DAP, Karpal Singh.

“Sempena ulang tahun ke-20 perjanjian damai di antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM) yang dipersetujui pada 2 Disember 1989, pihak kerajaan sepatutnya menerima permohonan Chin Peng dan membenarkannya pulang ke tanah air dengan segera,” ujar Karpal.

Karpal mendakwa Chin Peng masih merupakan seorang rakyat Malaysia yang sah, walaupun ada yang berpendapat bahawa beliau tidak pernah memohon untuk kewarganegaraan selepas Malaya mendapat kemerdekaan.

Mahkamah Rayuan sebelum ini telah menolak permohonan Chin Peng untuk pulang ke Malaysia kerana kegagalannya mengemukakan sijil kelahirannya.

Karpal menyatakan bukti kelahiran seseorang tidak hanya berdasarkan sijil kelahirannya.

Beliau menambah Chin Peng berumur 85 tahun dan telah menyatakan hasratnya untuk pulang ke Malaysia. Warga emas itu juga telah membuat persiapan untuk menyemadikan mayatnya di sebelah tapak perkuburan ayah beliau di Setiawan selepas meninggal dunia.

Chin Peng berasal dari Setiawan.

“Inilah yang harus dititikberatkan oleh pihak berkuasa dan tidak mencari alasan untuk menolak permohonan maaf dan hak kewarganegaraan Chin Peng yang sepatutnya menjadi hak miliknya,” ujar Karpal.

Karpal juga berkata jika kerajaan terus menolak permohonan maaf Chin Peng, ia merupakan sesuatu yang sangat tidak adil.

Peguam itu juga menambah, jika Chin Peng membawa kesnya itu ke Mahkamah Antarabangsa ini akan memberikan gambaran buruk kepada Malaysia di mata dunia dan mesti dihindari melalui apa cara sekalipun.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan