Pelajar 5A Luar Bandar Keutamaan Ke Asrama Penuh - Kementerian Pelajaran

Diterbitkan: Sabtu, 21 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelajar dari kawasan luar bandar yang mendapat keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diberi keutamaan memasuki 58 buah sekolah berasrama penuh di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, daripada 48,171 pelajar yang mendapat 5A hanya mereka yang betul-betul layak sahaja akan diterima masuk ke sekolah berasrama penuh. "Kita akan saring pelajar, kita akan utamakan pelajar luar bandar, kemudian kita lihat dari segi penglibatan mereka dalam kokurikulum dan pendapatan keluarga mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pra pelancaran Pesta Buku Antarabangsa, di sini hari ini.

Semalam Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, bilangan pelajar luar bandar yang mendapat gred A bagi semua mata pelajaran tahun ini ialah 14,980 orang.

Katanya, ibu-bapa tidak harus bimbang jika anak mereka yang mendapat 5A tidak diterima masuk ke sekolah berasrama penuh kerana kini terdapat sekolah kawalan dan sekolah kluster cemerlang yang disediakan oleh kerajaan khas untuk membantu pelajar cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mohd Puad berkata, dalam Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK-10) kerajaan akan menambah 10 buah lagi sekolah asrama penuh bagi menampung jumlah pelajar cemerlang yang semakin meningkat setiap tahun.

Sementara itu, beliau berkata status 62 Sekolah Teknik yang pada asalnya merupakan Sekolah Vokasional akan ditukar kembali statusnya kepada Sekolah Vokasional menjelang 2012.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan Sekolah Teknik kepada 26 buah sahaja, katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan