Kementerian Pelajaran Pertahan Warga Kerja Daripada Saman

Diterbitkan: Sabtu, 21 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kementerian Pelajaran akan mempertahankan warga kementerian yang dinamakan sebagai antara defendan dalam saman difailkan bapa kepada tiga pelajar yang mati lemas dalam tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang pada hujung bulan lepas.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata sewaktu program perkhemahan itu dijalankan, ia adalah mengikut peraturan dan ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan kementerian.

"Cuma berkenaan dengan jambatan runtuh itu, kita serahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membuat siasatan dan seterusnya ambil tindakan sebab jambatan itu bukan dibina oleh Jabatan Pelajaran Negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Agung Tahunan ke-55 Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di sini.

Semalam, bapa tiga murid yang mati lemas dalam tragedi jambatan gantung runtuh di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang di Kampar pada 26 Oktober lepas, memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di Ipoh bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM105 juta daripada 10 defendan.

Antara defendan yang dinamakan dalam saman itu ialah kerajaan Malaysia, Menteri Pelajaran, Pengarah Pelajaran Perak, Ketua Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan, guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang di Awan, guru besar SJKT Gopeng dan Pengarah JKR Perak.

Writ saman difailkan melalui firma guaman, Tetuan A. Sivanesan & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Ipoh. Sivanesan ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai dari DAP.

Dalam kejadian itu, tiga murid terbabit menyertai 298 murid Tahun Empat, Lima dan Enam dari seluruh Kinta Selatan mengikuti Perkhemahan 1Malaysia selama empat hari di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan.

Dr Mohd Puad berkata kementerian akan mempastikan dari semasa ke semasa bahawa ciri-ciri keselamatan program perkhemahan yang dikendalikan oleh pihak swasta terjamin. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan