Amaran Hujan Peringkat Jingga Di Kelantan Dan Terengganu

Diterbitkan: Sabtu, 21 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan ditingkatkan ke peringkat Jingga pada Sabtu di semua daerah di Kelantan dan Terengganu dengan hujan monsun sederhana dijangka berterusan sehingga minggu depan.

Menurut kenyataan Jabatan itu, hujan lebat diramal berterusan sehingga Rabu depan dan boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan rendah berdekatan sungai.

Di Pahang, hujan dari masa ke semasa dijangka berterusan hingga Selasa di daerah Jerantut, Kuantan, Pekan, Maran dan Rompin.

Keadaan sama juga akan berterusan sehingga esok di Perak, Kedah dan Perlis sehingga Rabu.

Kawasan yang terlibat di Perak ialah daerah Hulu Perak, Larut dan Matang manakala di Kedah ialah daerah Sik, Baling, Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar dan Pendang.

Amaran angin kencang dan laut bergelora juga dipertingkatkan ke kategori kedua untuk angin kencang Timur Laut di perairan Condore di Laut China Selatan dengan kelajuan 50-80km sejam dan ombak setinggi 4.5 meter dijangka akan berlaku sehingga Ahad.

Keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Angin kencang sehingga mencapai kelajuan 40-50km sejam dengan keadaan ombak setinggi 3.5 meter pula berlaku di perairan Samui (Kelantan dan Terengganu), Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Kudat di utara Sabah berterusan sehingga Selasa.

Keadaan ini berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Ribut petir yang berlaku di perairan Langkawi, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah (Kudat dan Sandakan) dan Laut Sulu dijangka berterusan sehingga tengahari ini menyebabkan ombak setinggi 2.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan