3 Wakil Rakyat Pakatan Akan Diminta Beri Penjelasan Tentang Perbelanjaan Berlebihan - Berita Semasa | mStar

3 Wakil Rakyat Pakatan Akan Diminta Beri Penjelasan Tentang Perbelanjaan Berlebihan

Diterbitkan: Sabtu, 21 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Tiga wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat (PR) akan dipanggil memberi penjelasan berhubung penggunaan peruntukan tahunan secara berlebihan dalam satu siasatan awam.

Sejumlah saksi, termasuk lima pegawai daerah, dijangka berbuat demikian pada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) antara 7 hingga 10 Disember depan.

Pengerusi Selcat, Teng Chang Khim berkata notis-notis akan dikemukakan kepada saksi-saksi selewat-lewatnya 7 Disember ini tetapi beliau enggan mendedahkan identiti siapakah tiga wakil rakyat itu.

"Kami ingin tahu kenapa lebih 70 peratus daripada peruntukan tahunan digunakan dalam tempoh lima bulan.

"Adakah ia kerana kecemasan atau mala petaka di kawasan masing-masing? Kami perlu memahaminya," kata Teng.

Tambah Teng, seorang wakil rakyat telah membelanjakan 90 peratus daripada peruntukan untuk bulan kelima dan telah menggunakan 99 peratus untuk bulan berikutnya.

Teng menambah, peruntukan tahunan yang diterima wakil rakyat di Selangor adalah antara yang tertinggi di negara ini.

Katanya, siasatan itu bertujuan membantu jawatankuasa berkenaan mengenalpasti kelemahan dan membantu penyaluran peruntukan tersebut secara lebih berkesan pada masa akan datang.

Menurut Teng, Selcat juga dijangka menemuramah pegawai-pegawai daerah terbabit pada dua hari pertama dan wakil rakyat pada hari ketiga dan keempat siasatan itu berlangsung nanti.

Pada September lalu, anggota Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew telah dipanggil Selcat kerana menghabiskan keseluruhan peruntukan RM600,000 untuk kawasan pilihan raya Pandamaran dalam tempoh tujuh bulan.

Beliau juga telah menggunakan kira-kira RM800,000 daripada RM1 juta yang diperuntukkan untuk kawasan pilihan raya Sungai Pelek dan Sungai Panjang yang diletakkan di bawah seliaannya.

Liu berkata, dia habis menggunakan peruntukan untuk kawasan Pandamaran kerana terdapat banyak permintaan daripada pelbagai pihak.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan