TIADA PENIAGA GUNA PLASTIK UNTUK RANGUPKAN MAKANAN - LIOW

Diterbitkan: Jumaat, 20 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan semalam menafikan dakwaan terdapat segelintir peniaga yang menggunakan plastik atau straw dalam makanan bergoreng seperti pisang goreng untuk menjadikan makanan itu lebih rangup.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kementerian sentiasa memantau perkara itu dengan mengambil sampel minyak yang diguna peniaga di seluruh negara, dan hasil pemeriksaan mendapati tiada peniaga yang melakukan perkara itu setakat ini.

"Terdapat aduan dan kebimbangan dari orang-ramai yang peniaga meletakkan plastik dalam minyak untuk menggoreng bagi membuatkan makanan lebih rangup.

"Oleh itu kami turun padang dan mengambil sampel, tapi kami tidak menemuinya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Ke-8 Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan, di sini semalam.

Liow berkata, pemantauan itu akan diteruskan dari semasa ke semasa dan peniaga yang didapati melakukan perbuatan itu akan diambil tindakan tegas di bawah Akta Makanan 1983 yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda sehingga RM10,000.

Pada majlis itu, Liow turut melancarkan Garis Panduan Pemberian Makanan Bayi dan Kanakkanak Kecil, sebagai usaha menambah baik amalan pemberian makanan bayi dan kanak-kanak kecil dari lahir sehingga umur tiga tahun.

Beliau berkata, pada masa ini hanya 19 peratus daripada ibu-ibu di negara ini menyusukan bayi mereka secara eksklusif sehingga enam bulan.

Jumlah yang kecil itu mungkin didorong oleh kurang kefahaman tentang kepentingan menyusukan bayi secara eksklusif, justeru penghasilan buku itu boleh membantu, katanya.

Mengenai keselamatan makanan pula, Liow berkata, Malaysia mempunyai 15 skim pensijilan yang diguna bagi mengiktiraf pengeluaran makanan yang selamat dan ia dikendali lapan agensi kerajaan.

"Secara keseluruhannya terdapat 5,912 ladang, loji, kilang dan syarikat jualan telah mendapat pensijilan atau pengiktirafan skim itu," katanya.

Beliau berkata, dari segi perundangan pula, terdapat 20 undang-undang baru mengenai keselamatan makanan telah diusahakan sejak 2003, dan daripada jumlah itu 11 telah diwartakan manakala sembilan lagi di peringkat penggubalan.

Sementara itu, Liow berkata, semua pengilang ais di negara ini perlu dilesenkan serta mematuhi piawaian yang ditetapkan sebelum 1 September tahun depan selaras dengan syarat Kesatuan Eropah yang mengimport hasil pengeluaran ikan dari Malaysia.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan